ANAK PICKY EATER 01

Picky Eater. Fussy Eater.
Masalah biasa yang dihadapi ibu bapa yang sebenarnya ada penyelesaiannya. Kadang-kadang oleh sebab kurang ilmu dan kita sendiri tak sedar ianya boleh diselesaikan, kita rasa give-up. Tapi tak apa, ibu ayah, adanya ibu bapa lain di sekeliling kita sebenarnya adalah satu bentuk bantuan daripada Allah juga. Kita jadi inspirasi mereka, mereka pula jadi inspirasi kita.

.

Puan Amirah Taharudin, ibu 2 anak yang juga salah seorang #ovenniniteam member berkongsi info dan pengalaman tentang masalah anaknya dahulu yang kelihatan seperti ‘Picky Eater’ kerana ada sebab di sebaliknya. Ada 3 part, tau. So, yang ini Part 01. Stay tuned, jangan lupa Subscribe ovennini.com supaya tak terlepas update dari kami.

.

Amirah Taharudin 30 March 2018 · 

ANAK PICKY EATER.

Part 1
===============

Perkongsian ni mungkin agak panjang, jadi saya bahagikan pada beberapa part ye. Tak lah berpinau sangat mata nak membaca kan. ?

Ok. Sebelum tu saya nak bagitau yang apa yang saya nak kongsi ni is based on my own experience dengan anak saya, Ubaidah. Dia memang seorang yang sangat memilih makan sejak umurnya dalam setahun setengah ke dua tahun gitu. Macam2 cara saya dah cuba dan dengan ramaiii orang yang saya dah tanya untuk belajar macam mana nak tackle isu pemakanan dia ni.

.

Apa yang saya nak kongsikan ni ialah apa yang saya belajar dari En Daniel Zain dan isteri beliau melalui kelas mereka Autism Action with Daniel & Maryam (note: post ini untuk semua bukan hanya untuk special needs kids ya). Selain itu, perkongsian dari Pn Intan Nornie Sheika atau lebih mesra dengan panggilan tibu juga banyak menolong.

.

.

Okey. So first and foremost, sebelum kita masuk bab picky eater ni, kita as parents kena jelas dulu, antara makanan yang ‘real food’ dan ‘processed food’. Ramai orang yang keliru dan tak tau makanan yang anak2 mereka makan hari2 adalah sebenarnya porcessed food dan bukan real food.

.

Contoh paling mudah untuk kekeliruan ni ialah susu. Ramai tak dapat bezakan antara susu segar (fresh milk) dengan susu UHT. Ramai tanya saya macam mana nak tau susu segar tu yang mana?

.

Sebab tu, benda utama yang kita kena buat bila membeli groceries, BACA LABEL. Susu segar, bahan2nya hanyalah susu manakala susu UHT dan ada campuran macam2.

.

.

Penting sangat baca label ni, sebab tu Puan Ainini Zainal pon selalu tekankan. Bila kita tau apa kandungan makanan yang kita beli untuk anak2, kita akan jadi lebih aware dan secara tak langsung lebih berhati2 memilih. Kalau nampak ingredients yang kita sendiri tak boleh sebut, yang kita sendiri tak tau apa tu, mohon berhati2 and better yet, jangan lah beli.

.

Biasanya, punca utama anak2 jadi picky eater sebab terbiasa dengan processed food macam roti, biskut, air susu berperisa dan lain2.

So, untuk permulaan. Berhenti beli processed food. Berhenti simpan stok processed food di rumah.

.

Mula2 dengar memang rasa gerun. Whattt, habistu tak makan la anakku nanti?habis nak makan apaa?

Hehe..nanti kita sambung next post

#realfoodheals

.

error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu Cik/Tuan/Puan? Hantarkan soalan anda, kami akan cuba jawab secepat mungkin pada hari yang sama.

Love,
Oven Nini (Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)
Powered by