AYAM GORENG ALA ‘KENTUCKY’ RANGUP

Cakaplah siapa yang tak suka Ayam Goreng ala ‘Kentucky’ yang rangup? Mesti ada yang rasa ‘hilang selera’ sikit bila ayam rangup gebu yang diimpikan bertukar jadi versi yang tepung tak melekat elok pada ayamnya, tak bersalut cantik dan kembang minyak. Ikuti tips dan perkongsian oleh Puan Ainini Zainal di bawah, ya!

.

Ainini Zainal added a new photo.

18 January · 

SUKA SANGAT BILA AYAM GORENG TERSALUT CANTIK TEPUNGNYA, RANGUP KRUP KRUP KRUP.

Ramai yang dah tahu pun, kan?
Tapi nak share jugak, sebab ada yang buat tak jadi cantik, tak melekat sangat tepung salutan dan ayamnya. Jangan sedih, dunia tak terhenti di sini. ?

.

InsyaAllah, betul caranya, menjadilah apa yang kita buat. Saya selalu ingatkan Afi, nak buat sesuatu, biasakan Bismillah. Minta pada Allah supaya menjadi. Kalau tak jadi, bukan sebab Allah saja nak hampakan kita, itu tandanya kita kena cuba tengok balik apa yang tak kena dan improve lagi.

Failure is the road to success. Gitu.

.

Motif membebel panjang? Ok ini tips yang simple sangat.

1. Pastikan ayam ditoskan dan kering. Jangan ada lebihan air yang banyak sangat.
Jika ayam bahagian bertulang, cucuk-cucuk ayam dengan garfu (atau kelar) untuk bantu ia masak sempurna.

.

2. Pukul telur, celup ayam, pastikan kena semua bahagian. **Jika mahu ayam super juicy, ada yang campur susu atau Buttermilk sikit dengan telur.

Jika anak alah telur, campurkan 2 sudu besar ground flaxseed dengan ½ cawan air. Gantikan adunan ini untuk telur.

.

3. Golekkan ayam dalam tepung Fried Chicken. Ibu Afi mestilah guna gluten-free Fried Chicken Oven Nini (dah rebut ke ‘packaging’ baru? Jangan lupa, ya, nama baru premix yang boleh digunakan untuk Fried Chicken ialah, ‘Mek & Cheese.’

Pastikan rata semua bahagian ayam.

.

4. Panaskan minyak, masukkan ayam ketika api besar sedikit, biar dalam 10 saat, kemudiam balikkan dan biar lagi 10 saat. Kemudian, perlahankan api jadi sederhana. Tunggu ayam masak. Ini juga tips nak bagi luar rangup, dalam juicy dan tak kering.

.

Tips sama untuk dapatkan Sotong Celup Tepung rangup. Kalau Fried Chicken premix tu, boleh guna untuk sotong dan jadikan veggie tempura juga.

Siapa ada tips lain boleh share, tau.

.

P/S: ayam tu cicah homemade Chilli Sauce. Pun guna premix, tapi premix Masak Red. MasyaAllah, sedap.

.

error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu Cik/Tuan/Puan? Hantarkan soalan anda, kami akan cuba jawab secepat mungkin pada hari yang sama.

Love,
Oven Nini (Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)
Powered by