BAIKNYA TELUR

Telur? Errr, berkhasiat ke? Kan tinggi kolesterol?
Ok ke makan? Kenyang ke makan telur je?
Macam-macam persoalan tentang telur, kan, hinggakan sesetengah kita tersilap ‘label’kannya sebagai membahayakan kerana isu kolesterol.


.

Sebenarnya, telur ini antara sumber protein yang paling murah tetapi kaya nutrisi. Pengambilan 2 biji sehari sudah mencukupi, tidak perlu berlebihan pula (inilah yang jadi punca/masalah berkaitan kolesterol – PENGAMBILAN BERLEBIHAN, terutamanya kepada mereka yang memang dari awal mempunyai masalah kolesterol). Telur amat bagus untuk otak, tidak kira kanak-kanak atau dewasa, tau! Kita sambung baca tentang kebaikan telur, tulisan Puan Nur Amirah Kamarudin dari #ovenniniteam.

.

Nur Amirah, 26 August at 09:27 · 

Baiknya Telur

1. Tinggi protein
2. Mudah didapati
3. Murah harganya
4. Mudah dan cepat disediakan dalam pelbagai menu
5. Sebiji telur rebus mengandungi 85 kalori dan 7 gram protein

.

.

Khasiat
1. Sistem imun lebih baik

Membantu badan agar tidak mudah dijangkiti bakteria dan virus.
Kandungan selenium adalah nutrien yang diperlukan badan untuk menambah baik sistem daya tahan badan dan mengawal hormon tiroid.

.

2. Rambut dan kulit lebih sihat
Vitamin kompleks seperti B5 dan B12 sangat penting untuk kulit, rambut dan kuku.
Kuning telur boleh menyuburkan dan menguatkan rambut.
Putih telur tinggi kandungan vitamin A dan kolagen boleh mempercepatkan proses rawatan kulit terbakar, party, jerawat, kedutan dan ruam.

.

3. Menjaga fungsi otak
Choline adalah nutrien yang terdapat dalam telur. Choline diperlukan untuk proses neurotransmitter.

.

4. Memelihara kesihatan mata
Lutein dan zeksantin adalah asid amino yang terkandung dalam kuning telur dimana ia membantu memelihara kesihatan mata.

.

Selamat makan telur!

Terima kasih kerana sudi membaca.

Semoga beroleh manfaat.

.

error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu Cik/Tuan/Puan? Hantarkan soalan anda, kami akan cuba jawab secepat mungkin pada hari yang sama.

Love,
Oven Nini (Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)
Powered by