BENTO NASLIN OGOS 2019

Di Oven Nini Team, kami ada seorang Ibu anak 3 yang rajin upload foto idea Bento untuk anak-anaknya iaitu, Puan Azlinda Hamid (Bento Naslin). Majoriti Bento yang disediakan adalah menggunakan premix masakan Oven Nini. Beliau gunakannya sejak 2016 hingga sekarang. Dapur Shortcut untuk semua ibu!

.

29.07.19 – 08.08.19

Kisah dua minggu punya bento tak sempat nak update. Hari ni berkesempatan post dalam album bento buat semangat nak mula berbento esok selepas seminggu cuti sekolah.

In shaa Allah semoga terus rajin untuk berbento buat anak-anak.

.

.


.

.

.

.

.

.

.

========

19.08.19 – 23.08.19

Minggu ni minggu yang sangat sibuk dan memenatkan di tempat kerja. Jadi ibu awal awal dah prepare mental ibu dan plan nak masak apa untuk bento anak-anak selama seminggu.

Isnin – Ada nasi lebih jadi buat nasi goreng padankan bersama telur mata.

.

.
Selasa – Menu paling pantas sebab ibu ada kursus yang perlu keluar rumah lebih awal dari biasa. Waffle menggunakan tepung ferubi. Bancuh dan masukkan dalam waffle maker tinggal sahaja tunggu siap masak.
.

.

Rabu – Lebihan bancuhan waffle semalam buat pancake pula. Ya guna cara bancuhan yang sama sahaja.

.

.

Khamis – Filet ayam celup tepung dari premix Oven Nini dan goreng. Lepas siap goreng tabur dengan serbuk lada sulah dan serbuk paprika. Macam ayam uncle john kata anak-anak.

.

.

Jumaat – ibu ada kursus lagi perlu keluar awal jadi ibu repeat menu paling mudah tapi anak-anak suka iaitu waffle.

.

.

ALHAMDULILLAH segala puji hanya bagi ALLAH yang mengizinkan saya tetap gigih untuk sediakan bento buat anak-anak walau saya rasa saya begitu penat dengan kerja.

.

============

26.08.19 – 30.08.19

Isnin – Cakoi atau orang Terengganu panggil kayu kamat. Yang ni yang frozen Cumi Losong bagi masa balik raya haji. Terima kasih tokmi.

.

.

Selasa – Waffle menggunakan tepung ferubi. Semua cicah madu sebab choc spread dah habis dan ibu tak sempat nak buat. Dah order dengan kawan tunggu siap dan dipos sahaja.

.

.

Rabu – Yee mee goreng menggunakan premix no soy kee chap & premix masak red dari Oven Nini. Simple dan sekejap sahaja dah siap.

.

.

Khamis – Goreng isi ayam menggunakan premix dari Oven Nini juga. Lepas siap digoreng gunting ayam kecik kecik. Anak cakap macam makan ayam uncle bob.

.

.

Jumaat – Ramen goreng menggunakan premix ramen dan premix no soy kee chap dari Oven Nini juga. Pecah telur dan sagat halus lobak merah ke dalam ramen. Siap.

.

.

Jom ibu ibu kita buat bekal untuk anak-anak menggunakan premix dari Oven Nini. Mudah, cepat, sedap dan sihat in shaa Allah. Nanti boleh guna sosej dan patty burger premium dari produk Khaleel pula. TAK SABAR.

.

error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu Cik/Tuan/Puan? Hantarkan soalan anda, kami akan cuba jawab secepat mungkin pada hari yang sama.

Love,
Oven Nini (Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)
Powered by