BUAT MAYONIS SENDIRI 10 MINIT

Masya Allah hebatnya buat sendiri!
Wah bagusnya buat sendiri! Terbaiklah semua buat sendiri ya?
Saya mampu beli je. Emm, sedihnya saya tak dapat nak sediakan sendiri, terlalu penat dengan komitmen kerja.

Pastinya di kalangan ibu ayah, ada rakan-rakan yang memang sediakan sendiri bahan asas masakan/makanan yang ramai dapat belinya di pasaran. Yang komersial ada, tapi mereka pilih untuk buat sendiri. Kenapa?

.

Ada banyak sebab. Lain ibu bapa, lain alasan mereka. Pastinya bukan untuk buat ibu bapa lain rasa ‘down’, tau. Kita jangan sekali-kali fikir begitu. Tak mahu fikir begitu, kita anggapkan yang kita sama-sama SUPPORT EACH OTHER. Hari ini kawan kita berikan inspirasi, mana tahu esok kita pula jadi penyebab mereka terus kuat berusaha untuk anak-anak mereka?

.

Kadangkala kita rasa mereka saja bagus dan kita tidak. Sebenarnya bukan begitu. Ada ibu bapa ini, anak-anak mereka tidak seperti anak-anak lain yang boleh makan apa saja. Ada yang anak mereka, baru saja sentuh roti komersial, terus bengkak muka. Baru saja telan seteguk minuman kotak yang dibeli di kedai, terus dapat ‘asthma attack.’ Lantas, mereka berusaha belajar buat sendiri.

.

Di sudut lain, ada pula yang berusaha buat sendiri kerana anak-anak mereka kerap sakit dengan pengambilan makanan komersial dan terproses. Ada pula yang ibu bapa sendiri mahu ubah gaya pemakanan. Banyak sebab, namun kita tetap SAMA. KITA IBU BAPA YANG PERLUKAN SOKONGAN SATU SAMA LAIN. Kita sama-sama sokong sesama sendiri, bersatu untuk ubah gaya pemakanan.

.

Jom ikuti resipi untuk sediakan Mayonis sendiri di rumah, oleh Puan Intan Nornie Sheika atau dikenali di Facebook sebagai Tibu. Beliau salah seorang ahli dalam #ovenniniteam sejak 2016 dan aktif berkongsi info pemakanan sihat dan resipi-resipi kaya nutrisi. Jom!

Intan Nornie Sheika added 5 new photos. 25 August at 15:19 · 

Buat sendiri mayonis 10 minit
.

Iya. Sebenarnya ringkas sangat cara buat mayonis sendiri di rumah

Bahan-bahannya
2 biji telur (bahagian putih)
1 hingga 2 sudu jus lemon (ikut preference ibu-ibu)
1 cawan minyak masak
2 sudu teh gula merah/ocrs + garam himalaya.

.

Cara-cara
Cara 1

Ibu-ibu boleh pilih nak kisar semua dalam blender.

.

.

Cara 2
Ibu pukul ringan putih telur dulu guna scoop telur dalam bekas berasingan.
Kemudian kisar bersama minyak, jus lemon dan garam+gula.

.

.

Selepas guna cara 1 atau cara 2,
Masak sebentar atas api ya.
Selepas tutup api, biar sejuk seketika.

Boleh kisar semula jika mahu tekstur lebih halus.

.

.

Yang ni tak kisar balik.
Terus simpan dalam bekas.
Bahagikan sesiap ikut portion.


.

Jemput scroll gambar untuk resepi juga ya ❤️

.

error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu Cik/Tuan/Puan? Hantarkan soalan anda, kami akan cuba jawab secepat mungkin pada hari yang sama.

Love,
Oven Nini (Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)
Powered by