BATCH 01: DIARI DIET ANAK IBU – INFO DAN RESIPI [PRE-ORDER BUKU FIZIKAL]

Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan, pre-order untuk Buku Fizikal ‘Diari Diet Anak Ibu’ Vol.1, Vol.2 dan Vol.3 (3 Siri berlainan) dibuka sekarang. Jika diikutkan, perancangan awal adalah untuk terbitkan E-Book sahaja kerana ‘material’ dan isi telah dikumpulkan sejak 2013 lagi.

.

Pada masa yang sama, saya masih dalam proses untuk menyiapkan buku resipi ‘Hebatnya! Allah Bantu Mama Masak Sihat’ (HABMMS) yang telah ditempah oleh pelanggan sejak tahun lepas. Buku tersebut dalam proses untuk disiapkan dan sebelum ini tergendala seketika kerana saya kurang sihat dan beberapa bahagian dalam buku tersebut juga saya rombak semula kerana kurang berpuas hati dengan isi dan penulisannya. Alhamdulillah, sekarang sedang dalam proses penulisan semula. Insya Allah juga akan dicetak pada tahun ini, 2019.

.

Oleh kerana semua isi untuk DDAI telah siap dan tinggal untuk disemak saja, ia diterbitkan dahulu sementara saya sambung penulisan untuk buku (HABMMS) sambil siapkan proses fotografi gambar masakan untuk buku ini. Ya, prosesnya agak lama, sepertimana DDAI yang saya perlukan hampir 6 tahun untuk kumpulkan semua info, saya cuba pastikan untuk berikan yang terbaik supaya ia berbaloi, setimpal dengan harga yang dibayar. Mungkin lama dan lambat, tapi Insya Allah, akan diberikan sepenuh komitmen dan usaha.

.

Gambar: Kek versi sihat anak Ibu, Afi.

Teringat kenangan dulu ketika baru-baru ‘bawa Afi lari’ dari dunia makanan yang tidak sihat.
Anak Ibu yang dulu, Ibu ‘bagi makan’ ikut suka saja, ingatkan ‘trend’ tipikal masyarakat itu sudah cukup sihat.
Anak yang jadi ‘fussy eater’ kerana silap konsep pemakanan.
Anak yang selang 2 minggu mesti demam, berhingus, berkahak.

.

Anak yang sama juga daripada kerap tantrum, sukar mengawal emosi, cepat moody, berubah karakter jadi tenang, dengan izin Allah setelah beberapa bulan UBAH DIET HARIAN.

.

Anak yang dari kerap sakit, Allah izinkan jadi ‘amazing’ sangat perubahan kualiti kesihatannya.

Bukan ubah apapun, buang yang terproses, tinggi Gula Putih, MSG, pewarna/perasa tiruan, ganti yang semulajadi. Tapi perjalanannya sangat hebat penuh ujian, tetapi juga disertai keazaman kerana saya memang tekad untuk ubah semuanya.

.

Dengan izin dan bantuan Allah, ia berikan kesan yang sangat besar untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah. Usaha mencari ilmu dan cuba sediakan makanan versi lebih sihat tapi mudah sejak 2013, saya kumpulkan untuk panduan Afi dan anak cucu insyaAllah.

.

Jadi, jom kita semak 3 Siri yang akan diterbitkan ini, iaitu Sarapan Ringkas Padat Nutrisi, Menu Makan Tengahari/Malam Kaya Khasiat dan Minuman/Aiskrim/Kek/Puding Semulajadi.

Semua untuk Mama dan Ayah sediakan di rumah untuk anak-anak, tau!

Buku Pertama.

Di bawah ini adalah isi buku Vol.1, 100 halaman 100% berwarna penuh info dan tips untuk sediakan Sarapan yang ringkas tapi cukup nutrisi penting untuk anak-anak.

Buku kedua.

Di bawah ini adalah isi buku Vol.2, 100 halaman 100% berwarna penuh info dan tips berkaitan cara penyediaan menu Makan Tengahari/Malam yang sebenarnya tak perlu ‘meriah’. Jom ubah konsep meriah + penat kepada ringkas + padat nutrisi + jimat tenaga.

Buku Ketiga

Di bawah ini adalah isi buku Vol.3, 100 halaman 100% berwarna penuh info dan tips berkenaan penyediaan Minuman, Aiskrim, Kek dan Puding versi bebas gula putih, aditif, pewarna/perasa tiruan yang selamat untuk anak-anak, Insya Allah.


.

Dalam ketiga-tiga buku ini, saya sertakan 30 Resipi (10+10+10) ‘Immune-Boosting Food/Drink’ untuk anak-anak ketika sakit. Saya faham, semua ibu bapa memang perlukan info sebegini kerana ramai kurang pendedahan tentang makanan apa yang sihat dan apa yang perlu dihindari untuk dapatkan Sistem Imun Badan yang baik.

.

Saya juga faham, memang agak sukar untuk dapatkan bahan bacaan berasaskan Bahasa Melayu sama ada di internet atau buku-buku rujukan. Ada, tapi tidak banyak. Itulah yang saya nampak ketika baru beralih kepada pemakanan sihat: kurang sumber bacaan Bahasa Melayu.
Apa yang saya lakukan ketika itu (pertengahan tahun 2013)? Berusaha sendiri cari info dan artikel Bahasa Inggeris di internet, kumpul resipi-resipi dari blog-blog ibu bapa luar negara, beli buku tentang pemakanan sihat dari luar negara dan belajar semua satu persatu. Hingga sekarang, masih belajar.

.

Segala perkongsian selama ini di Facebook adalah hasil carian dan usaha keras memahami setiap fakta dan diaplikasikan dalam setiap proses kami mengubah pemakanan. Ia bukan usaha sehari dua, jadi saya lihat penerbitan buku ini bukan saja untuk memudahkan suami, adik beradik, anak dan cucu saya semata-mata tetapi juga semua ibu bapa di luar yang memerlukan.

.

Penat lelah bertahun-tahun berusaha pulihkan keadaan anak, cuba resipi berkali-kali (untuk tukar bahan komersial kepada yang lebih sihat juga ada cabarannya, amat banyak cabarannya), taip tips, taip resipi, tiap malam bersengkang mata siapkan susun contentnya, semua proses-proses ini amat mengajar saya tentang nilai ilmu.


INFO TAMBAHAN UNTUK BUKU:
Ada 3 siri, Vol.1, 2 dan 3.
Bersaiz A4 (210mm x 297mm)
100 Halaman/Mukasurat.

100% berwarna, bertulis dan bergambar bagi setiap buku.


=============

HARGA:

Harga biasa 1 buku: RM180.00 TIDAK TERMASUK POSTAGE

Promo 1 buku – RM165.00 FREE POSTAGE

Promo Combo 2 buku – RM295.00 FREE POSTAGE

Promo Combo 3 buku – RM315.00 FREE POSTAGE

FREE POSTAGE HANYA SAH UNTUK PELANGGAN SEMENANJUNG MALAYSIA DAN SABAH/SARAWAK.

PROMO SAH UNTUK 300 PELANGGAN TERAWAL SAHAJA.

==============

Tempoh pre-order dibuka SELAMA 3 MINGGU SAHAJA (jika telah cukup 300 pelanggan terawal, promo dengan harga di atas ditamatkan.):

CARA PEMBAYARAN:

1. Pembayaran Penuh

2. Deposit RM100.00 (bagi pelanggan 1 buku), 2 kali pembayaran [baki pada tarikh seterusnya]

3. Deposit RM150.00 (bagi pelanggan Combo), 2 kali pembayaran [baki pada tarikh seterusnya]

4.Deposit RM100.00 (bagi pelanggan Combo), 3 kali pembayaran [baki pada tarikh seterusnya

=======================

PROSES TEMPAHAN (PRE-ORDER) SERTA JANGKAAN PENERIMAAN BUKU:

1. Pre-order dibuka/ pembayaran pertama.
Bermula 29 Julai 2019 hingga 22 Ogos 2019. Pembayaran pertama (deposit) juga bermula sebaik sahaja borang diisi.

2. Buku mula dicetak
Semua artwork dan penulisan telah siap dan tinggal untuk proses semakan sahaja. Sebaik sahaja pre-order tamat (22 Ogos 2019), proses cetakan akan bermula secepat mungkin. Ini juga termasuk proses penghantaran buku yang telah siap dicetak kepada penulis. Anggaran semua proses, 3-4 minggu.

3. Pembayaran kedua.
Pembayaran kedua bermula pada 22 Ogos 2019.

4. Buku siap dicetak.
Pada tarikh 20-25 September 2019 ini, proses penghantaran buku kepada penulis akan bermula.

5. Pembayaran ketiga.
Pembayaran terakhir bermula 25 September 2019.

6. Pengeposan buku.
Proses pengeposan buku akan bermula pada 30 September 2019. Ia bergantung kepada pelanggan yang telah menyelesaikan baki pembayaran terlebih dahulu.

=============

***Pelanggan diminta untuk sentiasa ‘alert’ dengan email daripada pihak kami kerana proses urusniaga adalah melalui email. Jika email tidak aktif, sediakan email baru untuk urusan tempahan ini bagi memudahkan proses pre-order dan update terbaru. Periksa bahagian SPAM kerana kadangkala, email pihak kami masuk ke folder SPAM.

================


Saya mohon maaf terlebih dahulu dahulu untuk katakan, bukan ini untuk dibanding-bandingkan dengan apa saja buku-buku lain, kerana setiap satu ada kelebihan tersendiri.

.

Juga bukan untuk dibanding-bandingkan dengan buku yang boleh didapati dengan harga amat murah di pasaran.

.


Ia bukan untuk ditimbang-timbang, dibanding-bandingkan dengan yang lain kerana pahit dan getir menyiapkan setiap buku, hanya penulis saja yang tahu.

Segala usaha, penat lelah ini juga mungkin bukan untuk semua. Ia hanya untuk ibu bapa yang INGIN bantu diri mereka ubah gaya hidup dan .

pemakanan keluarga kepada yang lebih sihat. Saya faham bagaimana keadaannya kerana satu ketika dulu, saya ‘blur’ untuk bermula dan ‘blank’ untuk cuba masak versi sihat, sumber info sukar diperolehi.

.

.

Jika sudah diperolehi pula, perlu kumpul semua info dan ambil masa untuk faham dan aplikasikan. Sudah aplikasikan, mahu dapatkan resipi versi bebas bahan komersial pula, untuk disesuaikan dengan selera lama. Semuanya proses yang sukar tetapi saya gembira atas hasilnya yang dapat dilihat dari segi perkembangan kesihatan kami sekeluarga sekarang.

.

Harapan saya, dengan kemudahan dari segi cara pembayaran (2-3 kali pembayaran) ini, dapat membantu anda yang benar-benar ingin mendapatkan ilmu dan memerlukan.

Jika anda salah seorang yang memang benar-benar perlukannya, InsyaAllah ada rezeki kita berurusniaga. Boleh isikan borang di bawah.

+++++++++++++++++++

UPDATE.
PRE-ORDER UNTUK HARGA PROMO PERTAMA TELAH TAMAT SEMALAM, 22 OGOS 2019.

PRE-ORDER DENGAN HARGA PROMO KEDUA AKAN DIBUKA PADA 23 OGOS 2019, DI POST SETERUSNYA.

.

error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu Cik/Tuan/Puan? Hantarkan soalan anda, kami akan cuba jawab secepat mungkin pada hari yang sama.

Love,
Oven Nini (Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)
Powered by