BATCH 02: PRE-ORDER BUKU FIZIKAL ‘DIARI DIET ANAK IBU’ – INFO DAN RESIPI

Assalamualaikum. Alhamdulillah, pre-order untuk Batch 01 telah selesai pada 22 Ogos 2019. Saya buka untuk Batch 02, bermula 23 Ogos 2019 hingga 6 September 2019. 2 minggu.

====

Pre-order Buku Fizikal ‘Diari Diet Anak Ibu’ Vol.1, Vol.2 dan Vol.3 (3 Siri berlainan) Batch 02 dibuka sekarang. Jika diikutkan, perancangan awal adalah untuk terbitkan E-Book sahaja kerana ‘material’ dan isi telah dikumpulkan sejak 2013 lagi.

.

Pada masa yang sama, saya masih dalam proses untuk menyiapkan buku resipi ‘Hebatnya! Allah Bantu Mama Masak Sihat’ (HABMMS) yang telah ditempah oleh pelanggan sejak tahun lepas. Buku tersebut dalam proses untuk disiapkan dan sebelum ini tergendala seketika kerana saya kurang sihat dan beberapa bahagian dalam buku tersebut juga saya rombak semula kerana kurang berpuas hati dengan isi dan penulisannya. Alhamdulillah, sekarang sedang dalam proses penulisan semula. Insya Allah juga akan dicetak pada tahun ini, 2019.

.

Oleh kerana semua isi untuk DDAI telah siap dan tinggal untuk disemak saja, ia diterbitkan dahulu sementara saya sambung penulisan untuk buku (HABMMS) sambil siapkan proses fotografi gambar masakan untuk buku ini. Ya, prosesnya agak lama, sepertimana DDAI yang saya perlukan hampir 6 tahun untuk kumpulkan semua info, saya cuba pastikan untuk berikan yang terbaik supaya ia berbaloi, setimpal dengan harga yang dibayar. Mungkin lama dan lambat, tapi Insya Allah, akan diberikan sepenuh komitmen dan usaha.

.

Gambar: Aiskrim Homemade untuk anak Ibu, Afi.

Sekarang, bila buat apa saja yang homemade, dia paling suka memuji. Teringat kenangan dulu ketika baru-baru ‘bawa Afi lari’ dari dunia makanan yang tidak sihat.
Anak Ibu yang dulu, Ibu ‘bagi makan’ ikut suka saja, ingatkan ‘trend’ tipikal masyarakat itu sudah cukup sihat.
Anak yang jadi ‘fussy eater’ kerana silap konsep pemakanan.
Anak yang selang 2 minggu mesti demam, berhingus, berkahak.

.

Anak yang sama juga daripada kerap tantrum, sukar mengawal emosi, cepat moody, berubah karakter jadi tenang, dengan izin Allah setelah beberapa bulan UBAH DIET HARIAN.

.

Anak yang dari kerap sakit, Allah izinkan jadi ‘amazing’ sangat perubahan kualiti kesihatannya.

Bukan ubah apapun, buang yang terproses, tinggi Gula Putih, MSG, pewarna/perasa tiruan, ganti yang semulajadi. Tapi perjalanannya sangat hebat penuh ujian, tetapi juga disertai keazaman kerana saya memang tekad untuk ubah semuanya.

.

Dengan izin dan bantuan Allah, ia berikan kesan yang sangat besar untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah. Usaha mencari ilmu dan cuba sediakan makanan versi lebih sihat tapi mudah sejak 2013, saya kumpulkan untuk panduan Afi dan anak cucu insyaAllah.

.

Jadi, jom kita semak 3 Siri yang akan diterbitkan ini, iaitu Sarapan Ringkas Padat Nutrisi, Menu Makan Tengahari/Malam Kaya Khasiat dan Minuman/Aiskrim/Kek/Puding Semulajadi.

Semua untuk Mama dan Ayah sediakan di rumah untuk anak-anak, tau!

Buku Pertama.

Di bawah ini adalah isi buku Vol.1, 100 halaman 100% berwarna penuh info dan tips untuk sediakan Sarapan yang ringkas tapi cukup nutrisi penting untuk anak-anak.

Buku kedua.

Di bawah ini adalah isi buku Vol.2, 100 halaman 100% berwarna penuh info dan tips berkaitan cara penyediaan menu Makan Tengahari/Malam yang sebenarnya tak perlu ‘meriah’. Jom ubah konsep meriah + penat kepada ringkas + padat nutrisi + jimat tenaga.

Buku Ketiga

Di bawah ini adalah isi buku Vol.3, 100 halaman 100% berwarna penuh info dan tips berkenaan penyediaan Minuman, Aiskrim, Kek dan Puding versi bebas gula putih, aditif, pewarna/perasa tiruan yang selamat untuk anak-anak, Insya Allah.


.

Dalam ketiga-tiga buku ini, saya sertakan 30 Resipi (10+10+10) ‘Immune-Boosting Food/Drink’ untuk anak-anak ketika sakit. Saya faham, semua ibu bapa memang perlukan info sebegini kerana ramai kurang pendedahan tentang makanan apa yang sihat dan apa yang perlu dihindari untuk dapatkan Sistem Imun Badan yang baik.

.

Saya juga faham, memang agak sukar untuk dapatkan bahan bacaan berasaskan Bahasa Melayu sama ada di internet atau buku-buku rujukan. Ada, tapi tidak banyak. Itulah yang saya nampak ketika baru beralih kepada pemakanan sihat: kurang sumber bacaan Bahasa Melayu.
Apa yang saya lakukan ketika itu (pertengahan tahun 2013)? Berusaha sendiri cari info dan artikel Bahasa Inggeris di internet, kumpul resipi-resipi dari blog-blog ibu bapa luar negara, beli buku tentang pemakanan sihat dari luar negara dan belajar semua satu persatu. Hingga sekarang, masih belajar.

.

Segala perkongsian selama ini di Facebook adalah hasil carian dan usaha keras memahami setiap fakta dan diaplikasikan dalam setiap proses kami mengubah pemakanan. Ia bukan usaha sehari dua, jadi saya lihat penerbitan buku ini bukan saja untuk memudahkan suami, adik beradik, anak dan cucu saya semata-mata tetapi juga semua ibu bapa di luar yang memerlukan.

.

Penat lelah bertahun-tahun berusaha pulihkan keadaan anak, cuba resipi berkali-kali (untuk tukar bahan komersial kepada yang lebih sihat juga ada cabarannya, amat banyak cabarannya), taip tips, taip resipi, tiap malam bersengkang mata siapkan susun contentnya, semua proses-proses ini amat mengajar saya tentang nilai ilmu.


INFO TAMBAHAN UNTUK BUKU:
Ada 3 siri, Vol.1, 2 dan 3.
Bersaiz A4 (210mm x 297mm)
100 Halaman/Mukasurat.

100% berwarna, bertulis dan bergambar bagi setiap buku.


=============

HARGA:

Harga biasa 1 buku: RM180.00 TIDAK TERMASUK POSTAGE

Promo 1 buku – RM175 FREE POSTAGE (2x pembayaran dan deposit RM120) ***JIMAT RM15

Promo Combo 2 buku – RM320.00 FREE POSTAGE (3x pembayaran dan deposit RM120) ***JIMAT RM50

Promo Combo 3 buku – RM390.00 FREE POSTAGE (3x pembayaran dan deposit RM120) ***JIMAT RM160

=====
PROMO SUPER SAVER!
Ada yang ingin buat pembayaran penuh terus? Ada harga lebih istimewa untuk anda:
PROMO COMBO 3 BUKU RM330 FREE POSTAGE

UNTUK SEKALI PEMBAYARAN/FULL PAYMENT ***JIMAT RM220!

=====

FREE POSTAGE HANYA SAH UNTUK PELANGGAN SEMENANJUNG MALAYSIA DAN SABAH/SARAWAK.

PROMO INI SAH BERMULA 23 OGOS 2019 HINGGA 6 SEPTEMBER 2019.

==============

CARA PEMBAYARAN:

1. Pembayaran Penuh (RUJUK COMBO FULL PAYMENT)

2. Deposit RM120.00 (bagi pelanggan 1 buku), 2 kali pembayaran [baki pada bulan seterusnya]

3. Deposit RM120.00 (bagi pelanggan Combo 2 dan 3 buku), 2-3 kali pembayaran [baki pada bulan seterusnya]

**PENGEPOSAN BUKU HANYA DIBUAT SELEPAS PEMBAYARAN SELESAI.

=======================

PROSES TEMPAHAN (PRE-ORDER) SERTA JANGKAAN PENERIMAAN BUKU UNTUK BATCH 02:

1. Pre-order dibuka/ pembayaran pertama.
Pembayaran pertama (deposit) juga bermula sebaik sahaja borang diisi, bermula 23 Ogos 2019 hingga 6 September 2019.

TEMPOH/TARIKH AKHIR PEMBAYARAN PENUH ATAU DEPOSIT PENGESAHAN TEMPAHAN: BERMULA 23 OGOS 2019 HINGGA SELEWAT-LEWATNYA 6 SEPTEMBER 2019.

2. Buku mula dicetak
Semua artwork dan penulisan telah siap dan tinggal untuk proses semakan sahaja. Sebaik sahaja pre-order Batch Pertama tamat (22 Ogos 2019), proses cetakan akan bermula secepat mungkin. Ini juga termasuk proses penghantaran buku yang telah siap dicetak kepada penulis. Anggaran semua proses, 3-4 minggu.

3. Pembayaran pertama seterusnya.
Pembayaran pertama untuk Batch Kedua bermula pada 23 Ogos 2019.
Pembayaran seterusnya adalah pada bulan seterusnya, sehingga selesai.

4. Buku siap dicetak.
Pada tarikh 20-25 September 2019 ini, proses penghantaran buku kepada penulis dijangka bermula.

5. Pengeposan buku.
Proses pengeposan buku bagi pelanggan Batch Pertama akan bermula pada 30 September 2019. Ia bergantung kepada pelanggan yang telah menyelesaikan baki pembayaran terlebih dahulu.

Bagi pelanggan Batch 02, ia akan diposkan setelah pembayaran selesai dibuat (tiada tarikh khusus.)

=============

***Pelanggan diminta untuk sentiasa ‘alert’ dengan email daripada pihak kami kerana proses urusniaga adalah melalui email. Jika email tidak aktif, sediakan email baru untuk urusan tempahan ini bagi memudahkan proses pre-order dan update terbaru. Periksa bahagian SPAM kerana kadangkala, email pihak kami masuk ke folder SPAM.

================
.

Harapan saya, dengan kemudahan dari segi cara pembayaran (2-3 kali pembayaran) ini, dapat membantu anda yang benar-benar ingin mendapatkan ilmu dan memerlukan.

Jika anda salah seorang yang memang benar-benar perlukannya, InsyaAllah ada rezeki kita berurusniaga. Boleh isikan borang di bawah.

*****UPDATE. TEMPAHAN TELAH DITUTUP

error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu Cik/Tuan/Puan? Hantarkan soalan anda, kami akan cuba jawab secepat mungkin pada hari yang sama.

Love,
Oven Nini (Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)
Powered by