DIA BELUM TAHU, YA ALLAH.

Mahu jadi ibu ayah yang sihat emosi bukan mudah, kan Mama? Komitmen terhadap kerja yang buatkan kita sentiasa penat, ‘workload’, kerenah anak-anak, tekanan itu ini, semua itu buatkan kita kadangkala tewas bila perkara melibatkan emosi.

Hilang kawalan dan yang jadi mangsa: ANAK. Kita mudah marah mereka dan semestinya kita rasa kita gagal jadi ibu bapa yang baik. Tapi apa yang kita tidak ketahui, kita tetap DUNIA MEREKA dan kita selalu dimaafkan. Perkongsian oleh Puan Ainini Zainal @ Oven Nini.

.

Ainini Zainal, 17 October 2018 · 

Tadi lepas solat Maghrib, bercerita dengan Afi tentang memaafkan dan cuba untuk tak marah bagi perkara-perkara kecil.

“Ibu, kenapa ibu tak marah kalau Afi tumpahkan air?”

.

Ibu pandang wajah bersih tak ada dosa, penghibur hati ibu yang dah 8 tahun dalam hati ibu. Rasa sebak pun ya.
Ibu pegang tangannya, pandang matanya dan cakap,

“Sebab bila ibu rasa geram masa tu, ibu bisik kat Allah, Ya Allah.. jangan bagi saya marah, ya Allah. Bagi saya faham anak saya, ya Allah.

.

Tangan dia kecik lagi, kadang-kadang tak kuat lagi, ya Allah. Sebab tu kadang-kadang jatuh. Kadang-kadang dia ada juga ‘careless’ tak peduli saya cakap mintak hati-hati. Mungkin dia nak ‘explore’ macam-macam, akhirnya jatuh dan tumpah air tu.

Jangan bagi saya marah dia, ya Allah. Bagi saya faham dia. Saya selalu marah-marah dulu, bantu saya ya Allah supaya tak ulang silap lagi. Terima kasih bagi saya anak yang sangat baik ya Allah. Saya taknak marah dia.

Dan lepas tu, Allah memang bantu ibu.”

.

Afi pegang tangan ibu erat.
Dia senyum dan peluk ibu.

.

“Afi, ibu tahu Afi pun tahu ibu tak sempurna. Ada masa ibu pun tinggi suara bila benda yang serius dan boleh bagi dosa, padahal ibu boleh cuba kawal supaya tak cakap kuat. Tapi ibu akan cuba improve lagi, ya.

Untuk benda simple dan tak bagi dosa, memang ibu dah berjaya untuk tak marah. Afi doakan untuk ibu jugak ya supaya boleh cakap lebih lembut dengan Afi lepas ni.”

.

Dia senyum lagi.
“That’s okay. I can understand that, ibu.
Ibu pun sama jugak macam Afi, ada benda belum betul-betul tahu nak kawal suara, kan?

Sama macam Afi, belum betul-betul tahu nak kawal tangan supaya air tak tumpah? Betul tak ibu?

Sebak. Terharu dia faham yang ibu juga sama macam dia, masih dalam proses belajar.

.

Sesungguhnya anak-anak kita tanpa dosa ini, penghibur hati. penenang jiwa, datang dari syurga.

Jika kisah hidup kita dahulu penuh hitam, zaman kanak-kanak kita dulu penuh tangisan, tak ada apa yang boleh dilakukan.
PAST IS PAST.

.

Tinggal sekarang, untuk hentikan supaya zaman kanak-kanak anak kita jauh daripada kisah sama yang berulang.

KITA IBU DAN AYAH – MAMPU LAKUKAN.
JANGAN RASA KITA NOT GOOD ENOUGH.
YANG PENTING KITA CUBA PERBAIKI SILAP KITA.
TAK KIRA BETAPA BANYAK DOSA KITA PADA ANAK SEBELUM INI.
INSYA ALLAH.
MINTA PADA ALLAH. PASTI ALLAH BANTU.

Jika belum termakbul, bukan salah Allah. Mungkin Allah mahu kita lebih bersungguh meminta.

.

Ainini Zainal.
Bukan ibu sempurna.
Tapi terbaik untuk Afi.
Akan cuba jadi lebih baik.
Dengan bantuan Allah.

.

error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu Cik/Tuan/Puan? Hantarkan soalan anda, kami akan cuba jawab secepat mungkin pada hari yang sama.

Love,
Oven Nini (Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)
Powered by