MASAK NASI TOMATO ½ JAM.

Nasi Tomato memang sedap! Cuma cara nak sediakan tu mungkin kita rasa remeh sebab mengambil masa, kan? Tapi ada cara untuk masak lebih cepat dan mudah.

Tips dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal, Founder Oven Nini – 16 May 2019.

===

Semalam berbuka di rumah Tok Afi dan tidur sana. Sejak keadaan tak berapa mengizinkan, dah 2 kali berbuka di sana, Tok Afi yang masak. 

Rasa terkilan juga sebab memang sejak pindah balik ke Terengganu ni, tiap kali balik ziarah diorang, biasanya saya akan masak kat sana so Tok Afi berselera sikit nak makan.

.

Ni bukan sebab saya masak sedap, ya. Sedap ke tak tu semua atas izin Allah. Tapi bila bertahun-tahun, hari hari kita masak, rasa bosan tak berselera nak makan masakan sendiri. Dah takde rasa dah. 

Faham sangat perasaan mak mertua sebab saya sendiripun macam tu. So kalau ada orang masak, happynya masyaAllah. Sedap ke tak, takde hal. Bila keadaan tak berapa ok ni, terasala terkilan tu sebab kita tak dapat nak membantu masak.

.

Dengan semangat waja, keadaan dah ok sikit, dari 2,3 hari lepas saya dah siap siap plan nak berbuka kat rumah mak minggu ni, saya nak masak. 

Oleh sebab tak boleh nak berdiri lama kat dapur, saya sediakan siap-siap bahan yang mudahkan masak. Semua guna periuk nasi, tinggal dan biar je masak.

So semalam, siap Nasi Tomato dalam 30 minit macam tu. Alhamdulillah. Ini cara saya, ya. Lain orang lain cara so sesuaikan dengan keadaan sendiri. 

.

01. SEDIAKAN IBU SAMBAL.
Ibu sambal memang ramai tahu kan, sangat membantu. Once ada ibu sambal, nak masak menu Masak Merah, Masak Kicap, Paprik, Tomyam, Masak Tomato, Kari, Sambal, semua jadi sap sap soi.

Kenapa? Sebab bila dah ada ibu sambal, TAK PAYAH MENUMIS LAGI. Jom kita WHO ARE YOU kan tumis. Hahaha. Gitu.
So saya sediakan ibu sambal beberapa hari lepas. Banyak terus, stok simpan di peti sejuk.

.

02. IBU SAMBAL PANTAS.
Nak sediakan ibu sambal, saya guna rempah premix Masak Merah/Sambal Oven Nini. Bak kata Azlinda Hamid, paling takut kalau premix ni habis sebab nak sediakan menu memang mudah.

Mama rasa mudah guna premix Masak Merah? 
Gandakan level mudah tu dengan sediakan Ibu Sambal.

.

03. MASAK NASI DULU.
Sambil-sambil ketika memasak itu penting. Paling penting bila di dapur dan nak masak nasi dan lauk: Masak nasi dahulu.


Saya masak Nasi Tomatonya dulu siap-siap di rice cooker. Rencah Nasi Tomato? Guna Ibu Sambal, daun pandan, minyak sapi, halia.

.

04. SAMBIL-SAMBIL LAGI.
Sambil tu masak Ayam Tomatonya. 
Ayam Tomato kira semua masuk periuk sekaligus. Sebab?

Bawang, cili dah tumis masa sediakan Ibu Sambal. Ibu Sambal tu jugalah saya gunakan sebagai rencah Ayam Tomato. Tak payah tumis dah.

Masuk ayam, Ibu Sambal, susu segar atau santan pekat, tomato dibelah, bawang dibelah (sekadar optional), daun pandan nak bagi wangi. Biar je semua dalam periuk. Less than 20 minutes dah boleh siap masak Ayam Tomato ni.

.

05. REHAT DAN SIAP!
Pergi call mak mertua, pesan takyah masak nasi dah hari ni sebab nasi lauk semua dah ada. Karang kami datang. 

Lepas tu bergolek kejap, nasi dah masak dan lauk dah siap.

.

Mungkinlah cara kita tak sama.
Ambil mana yang sesuai dan mudahkan kerja supaya kita tak stress di dapur.
Cook the way it makes you happy.

Jangan ikut cara orang lain yang tak sesuai dengan jiwa kita. 
Kita sendiri tentukan mana paling serasi. 

.

Selamat berbuka. 
Jangan lupa at least 10 minit sebelum azan, semua dah berkumpul sekeluarga di meja.
Bukan untuk hidu makanan dan berangan makan. Haha.
Tapi untuk sama-sama berdoa.
Ia antara saat doa sangat makbul.

.

Ramadan Kareem!

.

error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu Cik/Tuan/Puan? Hantarkan soalan anda, kami akan cuba jawab secepat mungkin pada hari yang sama.

Love,
Oven Nini (Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)
Powered by