CLEAN EATING 01: NENAS KACANG BUNCIS MASAK LEMAK. SIAP ½ JAM.

Ramai tak sangka yang lauk Masak Lemak Cili Padi/Masak Lemak Kunyit sebenarnya banyak khasiatnya. Pastinya, santan itu BEBAS KOLESTEROL kerana ia makanan berasaskan tumbuhan (tiada kolesterol dalam tumbuhan, yang ada, daripada sumber berasaskan haiwan.) Kunyit adalah superfood, powerful disease fighter dan immune booster. Mudah nak dapatkannya, harga tidaklah mahal. Apa lagi, jom buat. Resipi dan info dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal @ Oven Nini.

.

Ainini Zainal, 13 March

Antara lauk yang sihat dan padat nutrisi.
Suku-suku separuh ke, ‘clean eating’ ke, selamat ambil lauk begini asalkan tidak berlebihan (walaupun bebas kolesterol, ia tetap mempunyai lemak, tapi lemak yang sihat. Cuma, jika berlebihan, pastilah ada mudaratnya, kan?)

.


.

Menu ini kaya antivirus, antibakteria, antiradang daripada halia, kunyit dan nenas. Superfood terbaik. Juga immune boosting food. Kombinasi kunyit dan sedikit lada hitam akan meningkatkan keberkesanan kunyit. Nenas bantu legakan kahak dan selesema.

.

RESIPI
1 cawan air
2 inci kunyit
2 inci halia
Cili hidup/cili padi
Secubit lada hitam
**semua bahan di atas kisar dan masak 10 minit bersama 1 asam keping, 2 helai daun kunyit dan 2 helai daun limau purut.

.

Masukkan 2 cawan santan bersama nenas dan kacang buncis secukupnya. Perasakan dengan Garam Himalaya dan gula.

Biar nenas dan kacang buncis lembut, hidangkan bersama beras parboiled Basmati, telur dadar dan timun.
Jemput makan!

.

error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu Cik/Tuan/Puan? Hantarkan soalan anda, kami akan cuba jawab secepat mungkin pada hari yang sama.

Love,
Oven Nini (Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)
Powered by