PIZZA BAWANG CAPSICUM & TIPS BILA ANAK BELUM SUKA BAWANG/SAYUR

Anak BELUM SUKA (jangan sebut TAK SUKA) adalah topik popular majoriti ibu bapa, kan? Memang ramai alami masalah ini. Ada yang akhirnya selesai, ada yang masih belum tahu cara paling sesuai untuk bantu anak suka. Puan Ainini Zainal, Founder Oven Nini berkongsi tips yang mungkin berguna untuk anda.

.

Bila dia belum suka, kita buat dia ‘terpaksa suka’. Haha. Ibu selalu bab sayur, bawang, takde kompromi. Ayat biasa, “Oh that’s okay, you don’t have to like it now, you’ll like it later, you just need to eat it.”

Afi pun redha sajalah. Tapi ya, bila lidah dah dibiasakan dengan segala bawang, sayur yang mungkin awalnya dia belum suka, lama-lama tetap je makan sebab dia tahu ibu konsepnya “eat or starve.”

.

Tak adalah ibu nak manjakan dia, anak sorang sajapun, Ibu tetap hati kering bab sayur ni. Dulu dia makan je bawang ni, masuk 7 tahun, katanya rasa bawang pelik. Haha.

Ibu angguk je tapi tetap suruh makan. Sebab dah tahu dah, bila kita biasakan, lama-lama oklah balik. Tetap suruh bukan bermakna paksa, tapi guna pujukan yang SOFT BUT FIRM dan ‘twist’ sikit resipi untuk sesuaikan dengan keadaan. Pendek kata, THERE IS NOT WAY TO ESCAPE. Haha.

.

Sesekali, ibu akan buat menu yang combine makanan yang dia suka + belum suka.

Contohnya dulu, dia belum suka habbatus sauda. So, ibu masukkan biji habbatus sauda dalam salutan fried chicken sebab dia suka fried chicken ala KFC yang ibu buat.
Sudahnya suka habbatus sauda terus.

.

Atau dia kurang suka ulam daun selom + pegaga. Ibu cincang halus, masukkan dalam omelette dan tabut nutritional yeast flakes sebab dia suka omelette dan rasa yeast flakes yang macam cheese.

Makan siap puji-puji sedap.

.

Terbaru, ibu buat Pizza Bawang + Capsicum, dua dua ni dia belum suka. Tapi dia suka pizza.
So kita buat gini. Combine apa yang dia tak suka dengan menu yang dia suka.

.

Verdict:

Habis licin.
Semua atas izin Allah.
Allah bantu.

.

Cara kita mungkin berbeza.
Tiap orang tak sama.
Tapi elakkan sebut ANAK TAK SUKA ITU INI.
Tukarkan kepada BELUM SUKA.

Elakkan kata-kata negatif, kata-kata boleh jadi doa, apatah lagi jika ‘doa’ itu keluar dari mulut kita, IBU mereka.

.

Lazimkan zikir Ya Latif minta Allah lembutkan hati anak sukakan makanan sihat.
Lazimkan zikir Ya Rahim, minta anak sayangkan makanan semulajadi ciptaan Allah.
Baca dan hembus dalam semua masakan anak.

.

Dalam dunia ni ALLAH YANG PALING BERKUASA.
Serahkan kebergantungan padaNya sahaja.
Cuba.
It works amazingly.
Subhanallah.
Sekali cuba mungkin belum berjaya.
Ada sebab Allah buat, orang cuba kali ke 98, baru berjaya.

.

error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu Cik/Tuan/Puan? Hantarkan soalan anda, kami akan cuba jawab secepat mungkin pada hari yang sama.

Love,
Oven Nini (Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)
Powered by