SUP ANAK SELESEMA

SAKIT – MAKANAN PENGUAT SISTEM IMUN BADAN

Perkongsian daripada Puan Ainini Zainal, Founder Oven Nini, dipetik dari Facebook beliau, 27 Disember 2013.
=========

Malam tadi ada budak selesema. Dah lama tak selesema. Malam tadi minum Virgin Coconut Oil (VCO) sebelum tidur. Merengek tak selesalah masa tidurnya hidung tersumbat. Pagi ni dah ceria, tapi selesema masih ada sikit-sikit.

.

Breakfast dengan Chicken Broth Soup. Lebihkan Bawang Merah/Besar/Putih, Kunyit Hidup dan halia. Biasanya tak tumis, hari ni tumis sebab nak guna VCO.

Bawang, halia, kunyit, Minyak Kelapa, semua ini bagus untuk immune system.

.

Renehkan semua bahan tadi dengan ayam bahagian tulang dengan api paling kecil selama 2-3 jam (jika anak alah terhadap MSG semulajadi, reneh sejam sahaja kerana bila kita reneh Broth Soup ini, MSG semulajadi akan terhasil).

Protein dari isi dan tulang ayam bagus untuk proses penyembuhan. Bawang Putih dan halia untuk buang haba dalam badan. Halia sebagai Natural Pain Killer juga.

Alhamdulillah dah habis semangkuk. 

.

Alhamdulillah, Broth Soup antara yang serasi untuk Afi. Allah izinkan Afi sembuh demam, selesema, batuk dengan makanan semulajadi, sejak saya kenal apa itu natural remedy. Takes time but noteworthy. Berbaloi.

.

ALLAH TAK JADIKAN SUMBER MAKANAN ITU SIA-SIA. JADIKAN MAKANAN SEBAGAI UBAT.

.

Tapi perlu ingat, ambil banyak mana ubat moden atau semulajadi tapi tak jaga makan, tak guna juga. Jauhkan makanan BERGULA, JUNKFOOD DAN FASTFOOD ketika anak demam, selesema, batuk. Semua yang dinyatakan adalah makanan penyebab sistem imun badan semakin merudum, tak kira anda guna gula organik sekalipun, ia tetap perlu dielakkan ketika tak sihat.

Ramai berikan anak minum dan makan manis ketika tidak sihat, sumbernya daripada Gula Putih sedangkan ia makanan penyebab Sistem Imun Badan lebih ‘kucar kacir’.

MADU ASLI lain. Ianya anti-viral, anti-bacterial food. Nak rasa manis? Go for honey. Anak demam, batuk, selesema, saya masih bagi madu. Ianya untuk immune system juga. Cuma janganlah berlebihan. Bersederhana lah. Untuk pemberian madu, sebaiknya SELEPAS USIA 1 TAHUN. Ibu bapa harus lebihkan pembacaan tentang isu BOTULISM/pemberian madu untuk kanak-kanak bawah 1 tahun dan fahamkan sebab kenapa ianya tak seharusnya diberikan sebelum usia 1 tahun.

.

==========
Disclaimer: 
Perkongsian ini bukan untuk dijadikan rujukan utama/ nasihat perubatan.
Perkongsian remedi adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan serta amalan yang pada masa yang sama, tidak mengenepikan apa saja rawatan yang sesuai, sama ada moden, sumber semulajadi atau apa sahaja yang sesuai. Ia juga bukan untuk menafikan rawatan moden yang sememangnya sama penting apabila tiba masanya.

.

Apa sekalipun, penyembuh hanyalah Allah. Rawatan moden atau remedi semulajadi, hanyalah ASBAB, disembuhkan dengan keizinan Allah sahaja.

.

error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu Cik/Tuan/Puan? Hantarkan soalan anda, kami akan cuba jawab secepat mungkin pada hari yang sama.

Love,
Oven Nini (Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)
Powered by