TIPS MENU BERTUMIS ‘PECAH MINYAK’ DENGAN CANTIK

Bila hasilkan masakan bertumis, rasa masakan dan nutrisi yang terkandung di dalamnya memang jadi bab yang paling penting. Rupa adalah bonus saja. Tapi sebenarnya bila bercakap tentang masakan bertumis, fasa ‘pecah minyak’ sebenarnya memainkan peranan untuk hasilkan menu yang rasanya ‘lebih kick’. Sambal, Masak Merah, Rendang, Paprik, Masak Kicap, Kari, majoritinya bertumis. Puan Ainini Zainal berkongsi tips. Jom baca.

.

Ramai orang tak kisah pun jika masakan bertumis mereka tidak pecah minyak. Sebenarnya ini tidaklah penting mana. Yang penting, boleh makan, kan? Ini sebenarnya bonus saja. Tapi saya memang suka jika masakan bertumis saya, ‘pecah minyak’ dengan ‘cantik’.

.

Bagi saya, ‘pecah minyak’ memberikan rasa masakan yang lebih sedap kerana ia sebenarnya ‘bukti’ yang bawang dan cili (kisar/tumbuk/cincang) telah benar-benar ‘garing/masak’.

Selain itu, minyaknya telah terpisah daripada bahan tumis dan rasa masakan antara yang ‘pecah minyak’ dengan yang tidak, ada sedikit beza. Kuah yang tidak ‘pecah minyak’ terkandung lebih banyak minyak di dalamnya, jadi, rasanya banyak bercampur dengan bahan tumis.

.

Itu saja ke? Tidak, itu bukan yang utama. Berbalik kepada petanda bawang/cili benar-benar garing/masak, ya, jika anda benar-benar ‘alert’ dengan rasa kuah yang tidak ‘pecah minyak’ dengan yang elok cantik pecahnya, mesti akan dapat rasa yang satu ni kuahnya masih ada rasa bawang/cili mentah dan yang elok cantik tu lebih ‘enjoy’ makan tanpa rasa bawang yang belum betul-betul garing.

.

Bagi yang elok ‘pecah minyak’nya, minyaknya memang sudah terpisah daripada bahan tumis dan tidak lagi bercampur dengan bawang/cili. Ramai risau sebab nampak banyak minyak keluar, tapi bagaimana pula dengan minyak yang tidak keluar langsung dan bercampur dengan bawang/cili tumis tadi? Sepatutnya, itu perlu lebih risau hehe.

.

Minyak yang keluar itu juga boleh diasingkan sebelum kuah diceduk, dimakan bersama nasi. So tak perlu risau dah tentang ‘termakan’ lebih minyak, nanti tinggi kalori. Ok jom baca tips nak pastikan bahan tumis dan masakannya ‘pecah minyak’.

01. PERINGKAT AWAL MENUMIS
Pastikan tumis hingga betul-betul garing dan minyak ‘terpisah’ dari bawang dan cili. Mula-mula tumis dengan api sederhana, kemudian kecilkan api dan biar dalam 5 minit, hingga minyak keluar.

Jika belum juga pecah minyak, maksudnya minyak agak kurang dan ia tidak cukup untuk garingkan dan masak bawang/cili tadi. Tambah sedikit minyak dan biar lagi beberapa minit. Setelah pecah minyak, teruskan dengan proses masakan seterusnya – masukkan daging, air dan sebagainya.

.

02. PERINGKAT AKHIR SEBELUM SIAP.
Bila sudah masak dagingnya, kecilkan api, biar 10 minit.
Minyak akan keluar lagi dan tak bercampur banyak dengan kuah.

••••

Tips sama untuk semua masakan Sambal, Masak Merah, Rendang, Masak Kicap dan berasaskan tumis yang sedikit berkuah. Oh ya, ada menu Rendang yang tidak perlu ditumis pun. Saya tak pernah buat Rendang bertumis, tapi tetap keluar minyak daripada ayam dan santan. Tipsnya juga sama, pada akhir masakan, kecilkan minyak dan biar minyaknya keluar, cantik kejadiannya.

Moga bermanfaat, boleh share untuk lebih ramai dapat manfaatnya, ya.

.

#ovenniniteam

error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu Cik/Tuan/Puan? Hantarkan soalan anda, kami akan cuba jawab secepat mungkin pada hari yang sama.

Love,
Oven Nini (Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)
Powered by