COOKING BOX,  OVEN NINI PRODUCTS

COOKING BOX UNTUK SEMUA MAMA

“Ada kawan saya dah 5 tahun guna rempah premix Oven Nini. Senang betul saya tengok dia uruskan bab memasak dan bekal keluarga hari-hari. Serius ya senang sangat guna premix ni dan banyak pilihan menu?

Saya nak guna jugak tapi tak tahu nak start beli yang mana. Ada cara mudah tak untuk saya start guna?”

.

Ini soalan biasa para pelanggan baru kami. Tapi dulu, kami hanya guide mereka premix mana yang sesuai dan ada juga sediakan Combo mengikut kategori.

2020, Alhamdulillah, Allah bantu Oven Nini keluarkan Cooking Box khas untuk semua pelanggan lama dan baru kami. Mengapa menarik?

Kerana kami cuba sediakan Cooking Box kami mengikut kategori menu yang pelanggan ingin hasilkan di dapur. Yes, we would love to see you happy and have stress-free cooking experience. So let’s make everything easier!

.

.

COOKING BOX IN THE HOUSE!
Kami bahagikan Cooking Box versi biasa dan Mesra Ekzema untuk mama-ayah semua mengikut beberapa kategori.

.

01. FROM SCRATCH BOX.
Ada box 1 dan 2. Khas untuk sediakan bahan asas masakan yang semuanya ‘from scratch’!

Pes Ibu Sambal, Ibu Kee Chap, Pes Tomyam, Pes Kari, Pes Broth Soup pun boleh disediakan sendiri menggunakan premix-premix dalam box ni.

.

.

Mama-mama semua pun boleh sediakan Kicap, Sos Cili, Tomato dan Oyster Sauce sendiri yang sememangnya versi NO NASTIES.

Dah tonton video sediakan Pes Ibu Kicap sendiri?
.

.

02. BUSY MAMA BOX.
Ini untuk siapa, do we have to elaborate more? Mestilah tak perlu. Semua mama sentiasa busy selagi bernama Mama, kan?

So untuk box ini, kami sediakan premix-premix yang majoriti siap dalam 1/2 jam (bergantung kepada cara Mama di dapur), mudah disediakan dan resipi-resipinya tak perlukan banyak bahan. Syok kan kalau dapat masak cepat?

.

.

03. BENTO BOX.
Bekal time! Menu-menu ringkas memang semua ibu suka sebab dapat jimat masa. Betul? Mesra kanak-kanak? Ini paling kami mahu kerana yang akan makan tu mestilah anak-anak, kan?
.

.

So kami sediakan Bento Box 1 dan 2 untuk Mama dan Ayah pilih. Mana yang sesuai dan selalu disediakan di rumah. Cuma kali ni, kita sediakan juga tapi menggunakan rempah yang dah siap adun garam gula rempah ratus, tak perlu fikir tentang part tu lagi. Ramai pelanggan kami sediakan sendiri Nugget, Sausage, Burger Patties untuk bekal anak, tau?

.

.

04. NO-KICAP BOTOL BOX.
Masak Mee, Ayam Kicap, Ikan, Telur, Daging Paprik, semua TANPA KICAP BOTOL, walaupun versi homemade.
.

.

Ya, serius ni, tak perlu guna Kicap. Tak percaya tonton video masak mee yang ini. Serius masuk rempah premix saja, even premix Kee Chap, masukkan saja rempah premix Kee Chap versi serbuk ni. Wajib tonton!
.


.

05. CHICKEN RICE BOX.
Antara box terlaris selain Bento & Busy Mama Box.
Siapa tak nak masak Nasi Ayam versi No Nasties? Dulu tak boleh nak masak sebab tak ada Kicap Botol bebas MSG. Sekarang ada. Boleh buat Kicap sendiri dah. Combine dengan premix Soup, buat sos Nasi Ayam guna premix Masak Merah/Sos, siap Nasi Ayam Mama.
.

Jom tonton video buat Kicap Botol sendiri.

.


.

06. FEVER/ PANTANG BOX.
“Oven Nini sediakan rempah premix better options, kan? Ada tak rempah premix khas untuk masakan Berpantang atau untuk Boostkan Immune System anak, bagi masa demam ke? Ada tak?”

Mestilah ada. Menu Ibu Berpantang dalam Box yang ini memang best sangat. Tak ada lagi menu boring masa Pantang. Siap boleh buat Bulgogi, Ginger Chicken, Ayam Bakar Kicap, Ayam Stim Berherba, Nasi Ayam pun boleh!


.

Ramai ibu-ibu suka rempah premix untuk anak demam. Contohnya, Energy Soup/ Sawda Soup ni sudah ada di Oven Nini sejak 2015, ramai sangat peminatnya dan majoriti ibu-ibu ni simpan stok rempah ni, standby untuk guna at least 2 minggu sekali untuk up Sistem Imun Badan anak atau sediakan untuk anak hirup ketika demam, selesema, batuk. Guna masa berpantang, lagilah boleh.

Senang sangat buat supnya! Ada 2 versi tau? Jom tonton kedua-duanya.

.

.

.

07. MIX & MATCH BOX.
Yang ini box khas bagi return customers atau yang memang WAJIB RESTOCK premix dengan kami setiap bulan atau at least 2 bulan sekali, sebab biasanya sekali restock, banyak sekaligus dan mereka dah tahu premix apa yang mereka paling suka, paling banyak anak-anak habiskan sekali masak. Comel sangat anak-anak ni!

.

.

Serius jimat dan seronok dapat lebih banyak Special Gifts!
.

.

Jadi, Box ini untuk mereka yang memang sekali beli banyak terus.
Ini kisah benar, tau, ada ramai ibu-ibu yang jadi customer kami, suami mereka siap peruntukkan budget khas bulanan untuk premix Oven Nini sebab tahu anak-anak suka dan mereka sendiri seronok bila isteri masak cepat, sedap dan sihat. Yang tolong order bagi pihak isteri pun ada.

.

.

Oh ya! Dalam setiap box ini, disertakan sekali Travel Pack premix yang salah satunya premix khas untuk sediakan

Chicken Stock Sauce.
Seafood Stock Sauce.
Beef Stock Sauce.
Buttermilk Chicken.
Nasi all in 1.
Burger ala Prosperity.
Kentang ala Hashbrown.


.

Foto: Instant Noodles versi better options yang mana seasoningnya menggunakan Chicken Stock Sauce. Yes, you can make your own Chicken Stock Sauce at home!

.

OK SHOPPING TIME!
Ini senarai Cooking Box berserta harganya, ya.
Klik SELECT OPTIONS untuk lihat info lanjut produk dan pilih sama ada anda ingin premix better options biasa ataupun yang Mesra Ekzema (Perfect Eczema Plan PEP).

.


Thanks for shopping.
Jangan lupa hubungi kami di Whatsapp 016-552 1877 untuk dapatkan resipi khas bagi Travel Pack yang anda terima nanti, ya. Travel Pack Exclusive kami akan berikan resipi dalam bentuk soft copy untuk mudahkan anda save ke mobile phone.

.

error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu? Ini link senarai premix Oven Nini untuk rujukan Tuan/Puan/Cik Puan, ya. http://ovennini.com/shopping

Bagi memudahkan komunikasi, Cik Puan/ Tuan/ Puan boleh perkenalkan nama dan taipkan terus soalan dan hantarkan kepada kami.

Kami beroperasi setiap Isnin-Jumaat, 8.00 pagi-5.00 petang. Kami akan cuba jawab dalam tempoh 24 jam. Soalan selepas waktu pejabat akan dijawab esoknya/ pada hari bekerja, Insya Allah.

Love,
Oven Nini Team.
(Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)