ANAK DAN MAKANAN,  BENTO MAMA,  MAMA COOKS CEPAT,  OVEN NINI PRODUCTS,  ovennini,com

100+ IDEA BENTO / MENU ANAK VERSI ‘BETTER OPTIONS’ – OVEN NINI STYLE.

“Mama, Kakak tengok kawan Kakak dia selalu bawak bekal lain-lain. Hari ni Nasi Goreng, esok Spaghetti, Pancake mak dia buat nampak macam ‘cloud’ tau Mama? Gebu, dia bagi Kakak rasa sikit, sedap sangat. Nugget pun mak dia buat sendiri, mama. Hari tu dia ada bagi ayam seketul kat kakak. Rasa macam ayam goreng fast food. Tapi dia cakap, mak dia buat sendiri je tepung tu, belajar kat internet.

Kalau Mama tak penat tak busy, Mama buatkan bekal macam-macam jenis untuk Kakak boleh? Tapi kalau Mama penat, takpe tau. Kakak cerita je pasal bekal kawan Kakak tu.”

.

Bila anak cakap macam ni, mak paling kuat hati di dunia pun tetap tersentuh juga. Kadang-kadang, kita rasa macam anak-anak tak faham kita. Tapi sebenarnya, mereka belum tahu bagaimana nak susun ayat supaya kita tak kecil hati dan pada masa yang sama, mereka tetap juga cuba untuk tak buat kita rasa terbeban dengan permintaan mereka.

.


.

Betul ke kita penat? BETUL. Ibu mana je lah yang tak penat, melainkan semua kerja rumah, orang lain uruskan dan kita tak payah bekerja atau jaga anak langsung. Tapi tu ‘rare’lah kan?

.

We are just normal moms yang memang selalu je penat. Penat bukan bermaksud jadi taknak masak langsung, tapi kadang-kadang tu beli terus je, ada jugak sebab langsung takde idea atau tak tahu menu apa lagi dah yang nak buat. Rasa dah dekat 1000 menu buat hahaaha tapi masih rasa macam “Eee bosannya jenis Bento aku buat ni.”

.


Ok berbalik kepada tajuk: Bento.

Maksudnya apa? Back to school, kan Mama?
Mama-mama dah start pening semula fikir menu Bekal/Bento anak lepas dah lama cuti baru-baru ni?

.


.

Kadang-kadang tu risau bila nak sediakan menu yang memang anak suka, tapi bahan nak sediakan tu, anak-anak kita sebenarnya tak boleh nak makan selalu.

Sebab: alergi, bila makan kerap, mulalah berhingus, batuk, naik rashes sebab jika yang komersial, majoriti berasaskan gandum, Gula/Garam Putih, ada pula MSG dan Perasa/Pewarna Tiruan.

.

Nama pun anak-anak, mesti tak dapat lari dengan Ayam Goreng, nugget, sosej dan semua tu, kan? Boleh saja bagi pada mereka walaupun mereka ada alahan terhadap sesetengah makanan. Caranya: kita sediakan versi ‘better alternative’, menggunakan bahan-bahan semulajadi, elakkan MSG, masukkan ‘immune-boosting food’ ke dalamnya, jadilah versi sihat. InsyaAllah.

.

.

Cerita tentang ibu-ibu dan Bento, ramai ibu suka menu ringkas. Jika di Oven Nini, antara rempah/tepung premix paling laku untuk kanak-kanak selain Kee Chap dan Chicken Rice/Soup adalah Premix Fried Chicken/ Nugget/ Sausage/ Mac & Cheese sebab menu-menu ini memang kegemaran anak-anak.

.

KISAH IBU 5 ANAK YANG GIGIH SEDIAKAN BENTO SETIAP HARI.

Puan Widyana Ali, ibumuda anak 5 yang gigih sediakan ‘homemade food’ untuk anak setiap hari untuk sarapan, makan tengahari dan malam. Menu kudapan, kek, sos, semua dihasilkan sendiri di rumah. Premix Oven Nini adalah ‘assistant’nya di dapur yang memudahkan.

Tak percaya? Boleh lihat ‘bahan bukti’, hihi. Comel sungguh, penuh rak dengan premix.

‘ I got tons of ON premixes’. – Widyana Ali


“Tambah koleksi premix sihat Oven Nini di dapur. Taknak kasut baru,tak nak baju baru ke tudung baru tapi nak beli premix baru.

Dah pernah cuba rempah Oven Nini ke?
Cubalah sekali. Insha Allah berbaloi.
Ada banyak pilihan. Mama Wid nak pilih mana satu pun jadi rambang mata sebab semua sedap dan best.

Paling meletup premix ayam goreng Oven Nini, celup ayam dalam telur/air kosong. Goreng. Rasa dia ya Allah sedapnya. Siap boleh burger ala-ala ‘Zinger Burger’. Bashir asyik sebut bila mama nak masak ayam sedap tu? Suami cakap rasa macam betul-betul ayam ‘Kentucky’.

Kalau masak sup, anak bertambah-tambah makan. Tak ada maknanya nak buat kuah sikit. Sukanya diorang hirup sup.


Premix Kee Chap super sedap. Masak Merah pun! 1st time masak Bihun Goreng guna premix Masak Merah dulu, rasa nak menangis sebab selalu buat rasa tak sedap, sekali guna premix ni, terus sedap!

Terima kasih Oven Nini sebab mudahkan kerja Mama Wid di dapur.”


Ibu-ibu lain yang gembira:

Puan Azlinda Hamid, Klang:
“Kalau tak ada premix Oven Nini, rasa nak menangis di bucu katil. Memang hampir semua menu bento anak, saya guna premix Oven Nini.”

Koleksi Bento Puan Azlinda menggunakan premix Oven Nini.
.

.

Puan Zai Huda:
“Senang, cepat dan yang penting, sedap. Anak-anak suka.”

Puan Azma:
“Tak penat dan kalut lagi kat dapur. Tak ada alasan lagi nak bekalkan anak dengan makanan segera yang tak sihat, kerana premix Oven Nini sangat membantu, tinggal sediakan bahan mentah saja.”

.

Puan Intan:
Kerja di rumah pun sibuk juga. Biasanya bangun awal, sediakan Bento untuk anak. Anak saya suka menu nasi. Jadi saya memang selalu sediakan menu nasi + lauk untuknya.

Saya suka menu padat nutrisi, senang dan anak pun mudah makan. Memang hampir semua masakan guna premix Oven Nini.

Koleksi masakan Puan Intan menggunakan premix Oven Nini.
.

.

Puan Mira, Puncak Alam:
“Saya memang guna premix Oven Nini untuk hampir semua masakan di rumah. ‘Kicap’ pun dah lama tak beli kicap di pasaran, guna Oven Nini punya saja, bebas soya, MSG dan semestinya menggunakan bahan-bahan sihat. Dulu saya outstation, suami yang masak guna premix Kee Chap. Anak makan sampai jilat pinggan!

Puan Isma Ilya:
“Yang nak dapatkan Premix ‘awesome’ yang GLUTEN FREE, BEBAS DARIPADA GARAM GULA PUTIH, NO MSG, BEBAS PEWARNA, PENGAWET

Yang pastinya produk Muslim, Halalan Toyyiban.
Umm kumpul duit tau nak beli premix ni.
Pelaburan yang baik Insyaallah.
Kita usahakan.”



.

Ramai lagi pelanggan dan banyak lagi kisah-kisah mereka, tak muat untuk kami letakkan semua di sini, tapi segala pengalaman mereka penuh dengan suka duka yang berikan kami inspirasi untuk terus keluarkan allternatif penyediaan ‘homemade food’ yang mudah. Terima kasih, semua!


Jom kita lihat idea Bento menggunakan premix Oven Nini. Oh ya, kalau tak guna premix pun boleh, lihat saja ideanya, nanti buat ikut resipi dan bahan sendiri, ya Mama.


FRIED CHICKEN/ NUGGET/ SAUSAGE/ BURGER/ MAC & CHEESE

(also known as Mac & Cheese dan juga Nugget/Sausage/Meatball, Burger.)
Jangan keliru, ya. Betul, 3 jenis premix berasingan satu ketika dahulu, kami gabungkan jadi 1. Jadi, boleh bayangkan tak berapa banyak resipi dan menu yang mama boleh hasilkan menggunakan 1 pek premix ON KIDS: MEK AND CHEESE ini?

.



KEE CHAP/ KICAP BEBAS SOYA ATAU MSG

NO-SOY KEE CHAP (dahulunya dikenali sebagai ‘KICAP’ MANIS/OYSTER SAUCE.)

Sejak 2016, premix ‘Kicap’ ini menggembirakan ibu-ibu yang tercari-cari alternatif kicap versi bebas MSG, Soya dan lebih sihat. Istimewanya, rempah ini jika anda tak sempat sediakan versi sebotol ‘kicap’ terus, gunakan terus rempah premixnya untuk sediakan menu seperti Paprik, Masak Kicap, Nasi Goreng Kicap dan sebagainya. Mudah sangat!

Paling best sebab yang dah lama tak buat Nasi Ayam + Sos Kicap sebab anak alahan MSG dalam kicap komersial di pasaran, dapat nikmati semula Nasi Ayam mereka.


Ini ada video untuk sediakan Kicap sendiri di rumah menggunakan premix Kee Chap Oven Nini. Senang sangat nak buat!


Ini pula cara guna premix terus daripada rempah serbuknya, tanpa dijadikan Kicap terlebih dahulu.


BROTH SOUP/ CHICKEN RICE/ NASI GORENG


Ya, premix yang sama tapi kami ‘re-brand’ dan jadikannya lebih banyak penggunaan. Contohnya sebelum ini ramai tak tahu ia boleh digunakan untuk hasilkan menu Nasi Ayam, wahh best sangat. Oh ya, Nasi Goreng pun boleh dihasilkan menggunakan premix ini. Nasi Goreng siap 5 minit!

Broth Soup? Tentulah boleh juga. Kami ada sediakan video untuk hasilkan Broth Soup ni. Ramai ibu sediakan untuk sebagai Natural Supplement dan berikan pada anak ketika demam. Immune-Boosting soup for everyone in the house.

Premix Sup yang juga sesuai untuk Broth Soup adalah Habbatus Sauda/ Sawda Soup, yang ni extra nutritious sebab ada 2 elemen Immune-Boosting iaitu, Halba dan Habbatus Sauda. Favourite ibu-ibu untuk anak demam, batuk, berkahak, selesema dan sebagainya. (rujuk bahagian Sawda Soup nanti ya.)


Jom lihat menu-menu menggunakan premix Sup/Chicken Rice ni.


Ada lagi idea Bento lain? Ada, tapi menggunakan premix kategori lain yang tetap sesuai untuk anak-anak.


RAMEN KARI/ RAMEN SEASONING

Ramen biasanya pedas, kan? Menyengat. Tapi yang ni kami ‘Melayu’kan sedikit, kurang pedas dan ditambah elemen Kari. Jadilah Kari Ramen.


Ada anak, suka menu nasi ke sekolah. Jadi, ramai ibu selalu putus idea nak sediakan menu ayam yang macam mana lagi selain Ayam Goreng, Masak Kicap, Kunyit, Masak Merah. Guna premix Ramen Kami ni, nak buat Ayam Berempah pun boleh tau.


MASAK MERAH/ SWEET SOUR/ PERI CHICKEN/ BIHUN DAN MI GORENG


GLUTEN-FREE PLAIN FLOUR – KELEDEK/ POTATO BALLS. BROWNIE, CUCUR, PANCAKE, WAFFLE. KUIH BAKAR PANDAN.

Ada juga anak-anak yang suka menu berasaskan gandum tapi ada alahan pada gandum. Jadi, alternatif ramai pelanggan kami ialah Gluten-Free Plain Flour. Tiada gandum digunakan, bebas gluten daripada barli dan juga rye. Semua menu dibawah, disediakan tanpa menggunakan Tepung Gandum.

[Kami hasilkan premix yang menggabungkan Tepung Beras bebas pengawet/ Benzoyl Peroxide dan juga Fermented Tapioca Starch (Pesticide-Free and Naturally Processed) untuk hasilkan GF Flour blend untuk menggantikan gandum. ]

.


HABBATUS SAUDA ENERGY SOUP/ IMMUNE-BOOSTING SOUP.

Ini yang kami katakan tadi, premix untuk sediakan Immune-Boosting Soup, selain premix Chicken Rice. Yang ini lebih ‘hebat’ khasiatnya kerana ada Habbatus Sauda dan Halba, 2 bahan semulajadi khas untuk boost Immune System.

Ada anak pelanggan kami suka hirup sup menggunakan premix ni, siap Bihun Sup pun nak ibu mereka guna premix sama. Di pek, ada guidance cara penggunaan jika mama-mama semua nak buat stok Broth Soup, ya,

.


YANG SEDIAKAN MASAKAN UNTUK ANAK SAJA KE HEBAT?
TIDAK.
Semua mama adalah hebat.

Tak semestinya yang gigih sediakan masakan di rumah sahaja.
Bagi kami, SEMUA MAMA HEBAT.
Walaupun mereka beli.
Beli itu juga satu usaha, bukan?

.

Kasih pada anak kerana tak mahu anak lapar.
Bukan tak mahu sediakan sendiri tapi setiap orang ada kekangan dan komitmen harian yang lain. Never judge.

.

Mereka tak dapat sediakan hari ini, tak bermakna esok tak dapat.
Kita juga begitu, sekarang ‘hebat’ sediakan sendiri. ada hari kita tak menang tangan kerana komitmen lain atau tak sihat, ketika itu kita rasa ‘beli adalah terbaik yang dapat dilakukan’.

.

Mari kita sama-sama pimpin dan peluk sesama ibu.
Kerana semua ibu perlukannya.
Let’s support each other.
Kita wujud untuk satu sama lain adalah untuk pinjam bahu sesama sendiri, untuk jadi lebih kuat, kan? 

.

Jika sekarang kita belum mampu sediakan semua sendiri, InsyaAllah, pada masa akan datang.
Masa tu, boleh lihat semula post ni, tau.

.

Jika ada Mama yang tertanya-tanya bagaimana nak dapatkan premix-premix di atas, Mama boleh shopping terus di sini, klik saja item di bawah dan Add to Cart. Juga ada item Combo, BUY MORE SAVE MORE.

.



error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu? Ini link senarai premix Oven Nini untuk rujukan Tuan/Puan/Cik Puan, ya. http://ovennini.com/shopping

Bagi memudahkan komunikasi, Cik Puan/ Tuan/ Puan boleh perkenalkan nama dan taipkan terus soalan dan hantarkan kepada kami.

Kami beroperasi setiap Isnin-Jumaat, 8.00 pagi-5.00 petang. Kami akan cuba jawab dalam tempoh 24 jam. Soalan selepas waktu pejabat akan dijawab esoknya/ pada hari bekerja, Insya Allah.

Love,
Oven Nini Team.
(Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)