ANAK DAN MAKANAN,  BETTER OPTIONS,  ON

KENAPA GLUTEN- FREE?

BETUL KE GANDUM TAK ELOK? BETUL KE TAK SESUAI MAKAN GANDUM NI ESPECIALLY YANG ADA ASMA, EKZEMA, ADHD, AUTISM?

Wah, siap ESPECIALLY. Hahaha.
Ok.
Mengapa bersusah-susah tak bagi anak makan roti, kuih berasaskan gandum?
Tak semua orang dapat selami perasaan itu.

.

Gandum kot?
Banyak yang berasaskan gandum.
Rasulullah pun makan gandum.
Apesal tiba-tiba gandum tak ok?
Bukan sunnah ke makan gandum?
.

Tapi realiti yang kita tak tahu, gandum yang Rasulullah makan, jauh beza dengan gandum zaman kita.
Bagai langit dengan bumi.

.

Gandum zaman kini :

• Dikisar halus jadi tepung. Rasulullah makan yang daripada biji gandum yang digiling kasar – dijadikan roti.
Proses berjenis-jenis dilalui untuk keluarkan gandum yang disukai ramai produknya tu.

.

• Banyak isu GMO – genetically modified organism. Dihasilkan daripada genetik terubahsuai. Jauh beza industri pertanian kini yang TAMAK DAN MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN dengan kejujuran petani zaman dahulu.

.

• Isu peluntur/bleaching. Majoriti gandum dilunturkan melalui bleaching process (Benzoyl Peroxide).

.

Ok anak saya alah terhadap gluten tak?
Dulu, TIDAK.
Sekarang YA.
Diberi tepung gandum organik, bebas GMO pun sama, ‘bloating’, sakit perut. Sayu hati tengok.

.

Saya keluarkan produk bebas gluten di Oven Nini sebelum anak sendiri alah terhadap gluten.
Ketika itu, fokus hanya atas dasar mahu ibu bapa lain tahu mereka ada alternatif untuk anak-anak mereka kerana gluten memang perlu dihindari bagi mereka yang ada

  • asma
  • ekzema
  • gluten intolerant
  • celiac disease
  • ADHD
  • autism
    .

Yang lain ok ke kalau makan makanan bergluten dari tepung gandum? Anak saya roti, Kak Nini.

.

Baik. Jika anak anda kerap

  • berkahak
  • demam
  • selesema
  • batuk
  • tidak sihat

.

Periksa diet harian.
Kerap makan roti tak.
Kerap makan biskut, kek, kuih, apa saja berasaskan gandum tak?
Junkfood majoriti gluten-based.
Periksa. Kemudian fikir balik berbaloi tak tinggalkan semua tu sikit demi sikit.

.

Gluten dan usus banyak kaitannya.
Usus tak sihat, tak sihatlah badan kita.
Usus bocor? Makan sejuta jenis makanan sihat pun tetap nutrisi tak serap ke badan sebab usus sudah bocor.
Perlu heal gut.

.

Macam mana nak heal gut?
Panjang ceritanya.
Bagi faham konsep ringkas ni dulu, ya.

Diet gluten yang berlebihan/ kerap > usus tak sihat/bocor > kesihatan menurun.

Begitulah.

.

Anak makin ok ekzema, asma, masalah fokus dan lain-lain setelah tinggalkan gluten:

Ramai rakan-rakan saya berkongsi pengalaman itu.
Betapa gembiranya diorang anak yang sebelum ni ‘ketagih’ roti dan semua berasaskan gandum tu makin ok bila hidup ‘bebas gandum’.

.

Anak nak makan cucur, kek, donat, roti, biskut macam mana?
Sebab tu lah banyak resipi gluten-free dicuba.
Tak menjadi tu biasa.
Tapi tak jadi hal.
Yang penting, USAHA.

.

Alhamdulillah.
I am happy to see that.

.

Lebih gembira bila ada yang bagitahu:

Puan Nini, setelah lama tak buat cucur/lempeng untuk anak, akhirnya buat guna Gluten-Free Plain Flour Oven Nini.

Happy sangat dapat makan.

.

Macam mana ya perasaan tu?
PRICELESS.

Sama priceless dengan perasaan bila dapat buat tart telur di foto.

Anak makan dengan gembira. Sebab sebelum.ni nak makan, dia sendiri cakap, “nanti bloating kan ibu?”
Nampak kecewa di wajahnya. Tapi dia lagi rela tak makan sebab bloating tu, kadangkala nak bernafas pun susah.

.

Kecewa itu, insyaAllah mesti Allah hadiahkan kegembiraan sebagai ganjaran kita bersabar.
InsyaAllah ibu akan cuba buat apa yang Afi tak dapat makan.

Sebab apa saja kesulitan, pasti ada kemudahan.

.

Untuk ibu ibu yang seperti saya (dalam kepala sentiasa fikir Gluten-Free kerana anak) – stay strong. Don’t give up.

.

error: