5 RESIPI MENU ALA KOREA DAN THAI MENGGUNAKAN REMPAH PREMIX OVEN NINI

Menu ala Korea dan Thai:
Ramen Noodles, Beef Bulgogi, Korean Fried Chicken, Tomyam & Paprik, Thai Chilli Sauce.
.
Rempah Premix Oven Nini yang diperlukan:
Cik Yam Ramen, No Soy Kee Chap, Cik Popia Carbonara/Fried Chicken, Korean Fried Chicken, Masak Red.




Ramen Noodles (untuk 2 orang)

  • Rebuskan 2 keping Organic Ramen Noodles, toskan dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumiskan 1 biji Bawang Besar hingga kekuningan.
  • Masukkan hirisan daging atau ayam jika suka, tambahkan sedikit air.
  • Setelah ayam masak, masukkan 1-2 sudu besar premix Ramen, 1 sudu besar premix Kee Chap dan sedikit premix Masak Red (jika ingin lebih pedas).
  • Masukkan ‘noodles’ tadi bersama sayur dan gaul sebati.
  • Hidangkan.

***Premix Kee Chap juga boleh dijadikan ‘Kicap’ botol terlebih dahulu untuk dapatkan lebih rasa ‘MSG’ semulajadi.

.

Packaging lama Rempah Premix Ramen


Beef Bulgogi (4-5 orang).

  • Cincang 1 biji Bawang Besar dan 2 ulas Bawang Putih.
  • Campurkan bersama 3 sudu besar premix No-Soy Kee Chap (atau 3 sudu besar Kicap homemade yang telah siap dibuat menggunakan premix ini) dan 1 sudu besar premix Masak Red, 3 sudu besar Minyak Bijan (Sesame Oil), buah Pear yang disagat, 1 sudu besar Lada Hitam hancur, hirisan Daun Bawang, Lobak Merah, 1-2 sudu besar bijan (Sesame Seeds) dan 1kg Daging Lembu (Tenderloin/Ribeye) yang dihiris nipis.
  • Gaul semua bahan di atas hingga sebati dan perap semalaman.
  • Panaskan pan dengan sedikit Minyak Bijan (untuk dapatkan rasa Beef Bulgogi sebenar), panggang hingga daging masak.

    ***Buah pear digunakan untuk melembutkan daging. Jika tiada, boleh gantikan dengan sedikit Cuka Epal atau Kombucha Tea.


Korean Fried Chicken (2 orang)

  • Gaulkan ayam bahagian kepak dan drummet dengan premix ON Bachelor – Cik Popia Carbonara/ Fried Chicken. Goreng hingga masak dan ketepikan.
  • Tumiskan minyak bersama 2 ulang Bawang Putih cincang.
  • Masukkan 1/2 cawan air, premix Korean Fried Chicken Sauce, kacau dan biar seketika. Tambahkan 2 sudu besar Sos Cili homemade, 1 sudu besar Cuka Epal dan 2 sudu besar Kicap homemade (atau 2 sudu besar premix Kee Chap jika tak sempat dijadikan Kicap botol)
  • Biarkan sos menjadi pekat, masukkan ayam yang digoreng tadi bersama bijan (sesame seeds), kacau semuanya sebati. Hidangkan bersama sedikit kacang jika suka.

.



Tomyam & Paprik (4-5 orang)

  • Tumis 1 biji Bawang Besar hingga garing.
  • Masukkan 2-4 sudu besar premix Masak Red bergantung kepada kepedasan atau kepekatan kuah yang anda mahu), sedikit air dan sos cili ‘homemade’.
  • Satukan ayam (atau udang dan sebagainya), 4-5 Daun Limau Purut, jus Limau Nipis, lengkuas, dan serai bersama bahan tumis serta sedikit daun Ketumbar (sedap dimasukkan sekali akarnya yang telah dibasuh).
  • Masukkan 3-4 cawan air, biar mendidih. Bila ayam masak, masuk- kan sayur, biar seketika dan hidangkan.

    ***Jika gunakan udang, masukkan hanya setelah kuah mendidih, bersama sayur.
    .


Thai Chilli Sauce (500ml)

  • Panaskan 1/4 cawan Cuka Epal, 2 cawan air, 3 sudu besar premix Masak Red, 5 ulas Bawang Putih Organik atau India yang dicincang dengan 1 Sudu Besar premix Kee Chap (atau Kicap homemade). Biar mendidih dengan api perlahan selama 5-10 minit.
  • Kacau 2 Sudu Besar Kanji Jagung Non-GMO (Cornstarch) bersama sedikit air.
  • Tuangkan adunan Kanji Jagung ke dalam adunan tadi, sentiasa kacau dan biarkan pekat mengikut kepekatan yang kita mahukan.
  • Biarkan sejuk pada suhu bilik dan sentiasa simpan di peti sejuk.

    .



**Tambahan, resipi Sos Cili Homemade yang boleh digunakan di rumah dalam apa saja jenis masakan.

.


.

Anda juga boleh terus membeli rempah-rempah premix yang boleh digunakan untuk hasilkan resipi-resipi di atas, di website ini. Klik saja item-item di bawah ke shopping cart, ya. :



error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu? Untuk memudahkan komunikasi, Cik Puan/ Tuan/ Puan perkenalkan nama dan boleh taipkan terus soalan dan hantarkan kepada kami.

Kami beroperasi setiap Isnin-Jumaat, 8.00 pagi-5.00 petang. Kami akan cuba jawab dalam tempoh 24 jam. Soalan selepas waktu pejabat akan dijawab esoknya/ pada hari bekerja, Insya Allah.

Love,
Oven Nini Team.
(Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)
Powered by