MAKANAN PENGUAT SISTEM IMUN BADAN, YANG SESUAI DIMAKAN JIKA ANAK TAK SIHAT, DEMAM, SELESEMA, BATUK?

Post asal oleh Puan Ainini Zainal, 18 November 2017 ·

Konsep asas bila tak sihat, PERLU NAIKKAN SISTEM IMUN BADAN. Bila sistem imun badan baik, cepatlah proses penyembuhan.
Superfood yang Allah sebutkan dalam Al Quran sangat banyak manfaat.

✿ Madu


.
✿ Kunyit, halia (kedua-duanya antivirus, antibakteria, antiradang dan bagus untuk Sistem Imun Badan. Pernah dengar kalau demam, hirup Singgang? Ia memang benar berkhasiat).


.
✿ Buah tin, anggur/ kismis


.
✿ Buah delima


.
✿ Buah zaitun (juga minyaknya)


.
✿ Buah-buahan dan air perahan daripada buah-buahan ciptaan Allah (dalam bentuk yang asal, bukan jus yang dicampur gula bersudu-sudu di pasaran tu ya)


.
✿ Air kosong


.
✿ Air kelapa, TANPA GULA.


.
✿ Habbatus sauda, Halba


.
✿ Sayur- sayuran, terutamanya sayur hijau.


.
✿ Ubi-ubian (Boleh pilih keledek berbanding ubi kentang – isu GMO, dan keledek adalah anti radang, sedangkan ubi kentang, sumber keradangan dan penggalak kahak)


.
✿ Kekacang dan bijian (almond/badam, bijan. chia seeds, sunflower seeds, flaxseeds, pistachio dan banyak lagi)


.
✿ Makanan daripada sumber kelapa (susu, minyak, isinya)


.
✿ Nasi


.
✿ Sumber protein – ayam, ikan dan sebagainya


.
✿ Sumber protein daripada tumbuhan – cendawan, kailan, brokoli, bayam dan sebagainya.


.
✿ Minuman/makanan probiotik – Kombucha tea, kefir (jika bersesuaian dengan kondisi tubuh anda)


.
✿ Broth soup (terdiri daripada bahan asas seperti Bawang, Halia, Kunyit, tulang (ayam/ikan/lembu) dan rempah ratus yang direneh, kemudian diminum sebagai ‘supplement’ semulajadi dan sup demam.


.
Makanan/minuman bebas gula dan gluten daripada Tepung Gandum (gula sumber merudumnya sistem imun badan), roti. biskut, makanan terproses, makanan segera, jajan dan yang berkaitan.


.
✿ Makanan/minuman BEBAS MSG, pengawet, aditif, pewarna/perasa tiruan, penstabil, bahan-bahan E-code.
MAKANAN PERLU DARIPADA SUMBER ASAL.
BUKAN TERPROSES DAN DIMASUKKAN PELBAGAI BAHAN MEMUDARATKAN.

.

.

Kami kongsikan juga cara membuat Broth Soup menggunakan rempah masakan premix Oven Nini – Mak Tang Energy Soup. Ia bukan saja sesuai untuk Ibu Berpantang, tetapi juga digunakan oleh pelanggan-pelanggan kami untuk menyediakan Broth Soup untuk dijadikan ‘natural supplement’ atau dihirup ketika demam. Oh ya, boleh dijadikan pengganti Kiub Ayam juga.

.

Bahan-bahan dalam rempah premix ini ialah: Rempah Ratus Sup, Halba, Biji Habbatus Sauda dan Garam Himalaya.

Halba dan Habbatus Sauda adalah immune-boosting food yang menambahkan nutrisi dalam sup ini.

.

.

InsyaAllah, ovennini.com akan kongsikan lebih banyak info berkaitan pemakanan dan gaya hidup sihat. Semoga bermanfaat.

.

error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu Cik/Tuan/Puan? Hantarkan soalan anda, kami akan cuba jawab secepat mungkin pada hari yang sama.

Love,
Oven Nini (Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)
Powered by