CLEAN EATING NO NASTIES,  MAMA COOKS CEPAT,  ON,  OVEN NINI COOKS

5 MENU MASAKAN MELAYU DAN CINA MENGGUNAKAN PREMIX OVEN NINI

Menu Masakan Melayu dan Cina:
Nasi Lemak Pandan, Ayam Goreng Berempah, Herbs Chicken Soup, Chinese Chicken Rice, Ginger Chicken.

.

Rempah Premix Oven Nini yang diperlukan:
Masak Red, Ramen, Mak Tang Energy Soup, Kok Kok Rice, Mak Tang Kee Chap.

.

.

NASI LEMAK HALBA PANDAN (4 orang)

  • Masak 2 cawan beras bersama 2 cawan santan dan 1/2 cawan air, 4 helai daun pandan, 1/2 sudu besar Garam Himalaya, 1 sudu besar Gula Organik, secubit biji Halba, hirisan halia dan 1 ulas Bawang Merah, dihiris. Masak seperti biasa.
  • Untuk sambalnya, gorengkan bilis dan ketepikan. Kisar 1 biji Bawang Besar bersama segenggam bilis serta minyak yang digunakan untuk menggoreng bilis tadi (kisar tanpa air). Kemudian, masukkan ke dalam kuali dan biarkan bahan kisar tadi garing.
  • Masukkan 2-3 sudu besar premix Masak Red (Masak Merah/Sambal), sedikit air perahan Asam Jawa dan biarkan seketika. Tambah 1 cawan air, 2 helai daun pandan dan biarkan kuahnya pekat dan menjadi sambal.
  • Kecilkan api, biarkan sambal pecah minyak dan hidangkan bersama Nasi, telur rebus dan bilis goreng serta timun.

**Juga boleh masukkan udang atau sotong ke dalam sambal.

.


.

AYAM GORENG BEREMPAH (untuk 4 orang)

  • Kisar 1 biji Bawang Besar bersama 3 inci halia dan 1 batang serai yang telah dihiris.
  • Campurkan 3 sudu besar rempah premix Ramen dan 4-5 tangkai Daun Kari ke dalam bahan kisar, gaulkan bersama ayam yang telah dikelar sedikit. Perap selama 4-5 jam.
  • Goreng seperti biasa sehingga ayam masak.
  • Hidangkan . Juga boleh dimakan bersama Nasi Lemak Pandan.

.

.

HERBS CHICKEN SOUP (2 orang).

  • Satukan ayam, Bawang Besar, halia, Kurma Merah, Longan Kering, Wolfberries (Goji Berries), Lobak Merah/ Lobak Putih, Kobis Cina, celery, Cendawan Butang dan 3 sudu besar premix Mak Tang Energy Soup bersama 1 liter air.
  • Reneh selama 1-3 jam sehingga isi ayam lembut dan terpisah daripada tulang.
  • 1 jam terakhir, masukkan sayuran seperti bayam, sawi dan tomato.

***Sup ini bagus untuk Sistem Pertahanan badan dan juga sebagai energy/milk booster.

.

CHINESE CHICKEN RICE (4-5 orang)

  • SUP:
    Rebuskan ayam bersama 4 inci halia, 1 labu Bawang Putih, 3-4 sudu besar premix Chicken Rice/Soup dan 2 liter air sehingga masak. Ketepikan ayam.
  • NASI:
    Basuh 3 cawan beras, toskan dan masukkan ke dalam periuk. Tumbuk 4 ulas Bawang Putih bersama 2 inci halia. Tumis kedua-dua bahan ini sehingga kekuningan. Masukkan ke dalam periuk tadi bersama 3 cawan sup daripada ayam yang telah direbus pada awal tadi. Tambahkan sedikit Garam Himalaya jika dirasakan perlu.
    Masak seperti biasa (jika suka, masukkan Daun Sup berserta akar yang telah dibersihkan, masak bersama nasi.)
  • SOS:
    Ambil sebahagian Bawang Putih di dalam sup/Air Rebusan Ayam, lenyek. Campurkan Sos Cili Homemade, sedikit Garam Himalaya, Gula Organik dan perahan lemon atau Cuka Epal. Kacau sebati dan ketepikan.
  • GINGER PASTE:
    Ambil sebahagian lagi Bawang Putih dan semua halia daripada sup/Air Rebusan Ayam. Tumbuk hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan ini sehingga kekuningan. Masukkan sedikit sup/Air Rebusan serta sedikit Garam Himalaya, biar seketika dan angkat.
  • Potong ayam yang telah direbus dan diketepikan awal tadi, hidangkan bersama nasi, Sos Cili Bawang Putih, Ginger Paste, Sup, timun dan tomato.

.

.

CHINESE GINGER CHICKEN (2 orang)

  • Tumis 3-4 ulas Bawang Putih cincang dan 2 inci halia (dimayang) hingga garing.
  • Masukkan 1 biji tomato cincang, biar seketika. Kemudian, tambahkan 2 sudu besar premix Kee Chap dan ½ sudu besar Garam Himalaya (perlu tambah garam kerana ia premix Kicap Manis).
  • Tambahkan 1 sudu besar Cuka Epal atau Cuka Kurma, ayam dan sedikit air. Kacau dan biarkan masak dengan api kecil. Tambahkan hirisan Daun Bawang, kacau seketika dan hidangkan.

    **Tidak perlu tambahkan Tepung Jagung ke dalam menu ini seperti Ayam Halia biasa kerana premix ini sudah mengandungi Tepung Ubi untuk pekatkan kuah.

    .

Dapatkan premix-premix untuk menghasilkan menu-menu di atas, di sini:

.



error: