BETTER OPTIONS,  DAPUR SIHAT MAMA,  TIPS DAPUR MAMA

MENGAPA PERLU CUBA DAPATKAN LOBAK MERAH ( BUKAN ORGANIK) SELAIN CHINA?

Lobak Merah antara sayur yang ‘popular’ di kalangan kita. Rasanya manis, tiada rasa pahit yang buatkan anak-anak tak suka. Biasanya sayur ini antara sayur kegemaran kanak-kanak, kan? Tidak sukar untuk dapatkannya di Malaysia, cuma ada isu yang perlu diambilberat, terutamanya jika ibu ayah memang menitikberatkan tentang sumber bahan dapur yang lebih sihat, selamat dan kurang risiko.

Jom ikuti perkongsian daripada Puan Ainini Zainal tentang sayur kegemaran ramai ini.
Ainini Zainal added a new photo. 29 January · 


Topik Lobak Merah, bawang, halia, kentang macam tak berkesudahan, kan? Sejak 2013 saya berkongsi info pemakanan sihat, sangat bersyukur bila ada yang hubungi dan ceritakan:

“Puan, sekarang saya dan suami sangat alert dengan sumber bahan mentah/barang dapur. Kami pastikan tahu sumber dan baca label dulu sebelum beli.”

“Kak Nini, kesihatan anak saya berbeza sangat sekarang sejak kami ubah bahan di dapur dan amal pemakanan sihat. Terima kasih akak, sudi kongsi info penting pada kami semua.”

Alhamdulillah. Ilmu yang baik datang daripada Allah. Jika Allah lorongkan untuk kita baca info dan ilmu baik, maksudnya Dia mahu kita tahu dan mungkin kita patut ubah apa yang perlu.

Followers saya di Facebook, saya harap jika bukan banyak, tetap apa yang sedikit ilmu berguna untuk anda. Ada yang belum tahu info-info yang dah lama dikongsikan. Jadi, ok saja kita baca lagi dan lagi, kan?

Ok info seperti di foto. Packaging carrot, tak semestinya yang di foto saja, banyak lagi keluaran selain China yang ada, yang penting, BACA LABELNYA.

Jika anda di Kuala Terengganu, boleh dapatkan di pasaraya Giant. Mydin saya kurang pasti ada atau tidak. Pasaraya lainpun mungkin ada, rujuk label untuk tahu negara asal ia ditanam.

Harga 1 pek dalam RM3.00± sahaja.
Sebolehnya elakkan beli yang timbang atau di pasar melainkan diberitahu sumbernya daripada mana. Jika SELAIN daripada China, yes, feel free to. 

Cuma sebagaimana kita maklum, sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual di Malaysia banyak juga datangnya daripada China terutamanya bawang, kentang, halia, lobak merah. Jika tiada label tu, boleh faham sendiri. So, hati-hati, ya.

Oleh sebab ia bukan organik, sebelum guna, rendamkan dengan campuran

• air + cuka (cuka epal, cuka kurma, cuka buah tin atau cuka biasa juga boleh kerana airnya nanti kita buang juga.)

• air + garam

• air + baking soda

Campuran-campuran ini untuk bantu membuang sisa pesticide (pesticide residue) pada sayur-sayuran.

.

Info dalam post-post terdahulu:

KELAS KAK NINI: LOBAK MERAH

https://web.facebook.com/100002497810368/posts/1443790272380886/

LOBAK MERAH/CARROT
https://web.facebook.com/100002497810368/posts/1520466694713243/

Diizinkan share menggunakan butang share. Kongsikan ilmu dengan etika. Elakkan copy paste tanpa keizinan. Semoga bermanfaat dan diberkati ilmu kita semua

error: