SEDIAKAN MAKANAN SIHAT ANAK. “AWAK BUKAN MAMPU PUN.” SIAPA CAKAP BEGITU?

Mendengar kata-kata di atas, mungkin boleh ‘trigger’ kepada rasa rendah diri dan rasa yang kita benar-benar tidak mampu. Tak mampu sebab sibuk bekerja, tak mampu sebab dah cukup ‘busy’ dengan tugas di rumah, tak mampu dari segi kewangan, tak mampu sebab suami isteri dua dua sibuk dengan bisnes/client. Tak mampu semua.

.

Tapi jika kita pandang dari sudut lain, kata-kata begini juga boleh buat kita rasa lebih teruja untuk lebih berusaha capai misi kita. Apa misi kita sebagai ibu bapa terhadap pemakanan anak/keluarga?
Adakah sekadar ikut saja ‘flow’ kehidupan tanpa matlamat menjadikan keadaan lebih baik daripada semalam?

.

Tapi.
Tipulah jika kita katakan proses bertukar kepada pemakanan sihat itu mudah. Sebenarnya, cabaran yang datang memang amat menguji kesabaran kita sebagai ibu bapa. Ada yang Allah uji cabaran melalui penerimaan anak terhadap makanan sihat itu sendiri. Ada pula cabarannya melalui pasangan. Ada juga melalui keluarga. Yang pasti, walaupun tidak mustahil, ianya tidak mudah.

.

.

SEMINAR ‘MAMA..PAPA, INI MISI KITA’ – KHAS UNTUK IBU DAN BAPA.
Di kala kita rasa dah hilang punca dalam usaha mengubah pemakanan anak, sebenarnya Dia ada sediakan bantuan, tapi kita tak perasan ianya ada. Ya, melalui insan lain yang sentiasa mahu berkongsi rasa, pinjamkan bahu mendengar masalah kita. Ada.

.

#squadON
Gabungan team di bawah Oven Nini.

• Puan Intan Nornie Sheika ? Beliau Ibu Tunggal yang tidaklah 100% tetap pendapatan bulanannya kerana beliau kini bekerja dari rumah, tidak lagi Arkitek di Architect Firm yang bertahun-tahun jadi tempat cari rezekinya. Tapi kuat sungguh usaha beliau ubah pemakanan Adam, anak kesayaangan.

• Puan Amirah Taharudin, mungkin orang rasa baik jadi QA Engineer daripada berhenti kerja, kenapa tinggalkan kerja dulu untuk mengadap anak-anak di rumah? Nak jaga pemakanan anak pula, sempat ke?

• Sempat ke nak sediakan Bento Sihat Anak tiap hari kalau sibuk dengan tugas sebagai Physiotherapist seperti Puan Azlinda Hamid ?

• Dulu memanglah sibuk sebagai Senior Executive, tapi sekarang ni ramai tak tahu, Puan Nur Amirah walau sibuk dengan anak-anak, beliau masih mampu jadi Work At Home Mom yang jaga pemakanan 3 anaknya.

• Jadi Naturopath & Nutritionist, Peguam dan kini ada syarikat serta perniagaan sendiri seperti Puan Mizhana Padzi dan Tuan Adzwan Fareezan, orang mungkin rasa mustahil mereka ni sediakan makanan sihat di rumah. Paling-paling, BELI SAJA.

.

.

Mereka menganjurkan seminar khas tentang CABARAN PENYEDIAAN MAKANAN SIHAT UNTUK ANAK-ANAK/KELUARGA yang akan berlangsung pada 29 Februari 2020 ini.

Program ini bukannya ‘direct’ di bawah ONHEH – Oven Nini Healthy Eating House, tetapi inisiatif mereka sendiri sebagai ahli #ovenniniteam yang jelas matlamatnya memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan dan visi SquadON adalah memastikan ibu bapa yang sedang ‘berjuang’ tiada rasa berseorangan tanpa sokongan dalam ‘journey’ panjang ini.

.

.

SquadON membawakan perkongsian tentang penyediaan makanan dari dari sudut pandangan ibu bapa yang terdiri daripada:
Ibu bekerja di pejabat/luar.
Ibu bekerja dari rumah.

Ibu tunggal.
Ibu yang bergelar surirumah.
Bapa yang berusaha bersama isteri untuk memastikan pemakanan keluarga terjaga.

.

Perkongsian kisah dan pengalaman ini bukan sekadar cerita mereka. Tetapi, bagaimana cara untuk mengatasi cabaran-cabaran yang ada dan dihadapi saban hari.

.

SLOT PUAN AMIRAH KAMARUDIN DAN PUAN AZLINDA HAMID.

  • Cabaran pengurusan masa
  • Penyediaan bento dan meal planner
  • Menu masak pantas/time value meal.
  • Bantuan anak dalam penyediaan frozen food dan latih anak membantu ketika di dapur.
  • Macam mana selflove untuk elakkan diri membina stres dalaman.
  • Cara didik anak berkerjasama dalam aktiviti masak : didik anak pemakanan sihat
  • Life is a process
  • Ada hari anak bagi kerjasama. Ada hari tidak. Jadi apa cara ibu/tindakan ibu?
    .

.
SLOT SUAMI ISTERI – PUAN MIZHANA DAN TUAN FAREEZ.

  • Sudut cabaran Ibu Bapa bekerja sendiri dan sibuk dengan ‘client’.
  • Pemakanan adalah kerjasama, ‘it takes two to tango’.
  • Both working at home parents, super packed schedule
  • Cabaran besar MASA
  • Ibu masak tapi peranan besar ialah bapa.
  • Peranan bapa dalam proses ini
    .

.

SLOT PUAN AMIRAH TAHARUDIN.

  • Perkongsian sebagai ibu pada 2 anak kecil dan bekerja dari rumah.
  • Time management di rumah
  • Bagaimana untuk atur kerja rumah-masak-perhatian pada anak
  • Tips untuk masih kekal ‘waras’ (sanity) walaupun boleh tertekan mengadap anak sepanjang hari dan pada masa yang sama, berusaha keras untuk pastikan pemakanan anak terjaga.

.


SLOT PUAN INTAN NORNIE SHEIKA.

  • Pengalaman sebagai Ibu Tunggal yang bekerja dari rumah dan tiada pendapatan tetap.
  • Mindset kewangan bila mahu amalkan pemakanan sihat.
  • Memahami konsep realfood
  • Menu mudah, kos reasonable dan altering financial ikut keadaan keluarga.
  • Misi pemakanan keluarga
  • Budaya bukan bersaing atau nak bandingkan diri kita dengan orang lain.

.


Semua ini mereka akan bawakan kepada anda semua yang memang memerlukannya.

Seperti mana kata-kata Puan Intan Nornie Sheika:

Kita ni adakalanya tak sempat nak masak. Selalu terkejar-kejar antara kerjaya dan tugas hakiki di rumah. Bukan tak nak masak, tapi terpaksa berlumba dengan masa.

Ada masanya pula, anak pula memilih makan. Apa kita sediakan, apa kita masakkan, langsung tak berusik. Sudahnya, terbuang je makanan yang ada.

Bila ke pasaraya pula, biasanya kita belek-belek makanan organik itu ini. Lepas tu terpaksa letak balik. Mahal sangat harganya. Keadaan ekonomi sekarang, serba-serbi kena berjimat dan berkira.

Dalam keadaan macam ni, jauh di sudut hati, mula hadir rasa bersalah. Tapi dalam masa yang sama rasa penat sangat. Dan stress pun makin terasa. Akhirnya anak-anak jadi mangsa.

Wahai mama..
Wahai papa..

Inilah misi kita.
Please know. You are great. You have done your best. Please give yourself a break that you so much deserve.

..

Jom, ambil sikit masa untuk bertenang dan refocus dengan sertai kami, Squad ON pada 29 Februari 2020 akan datang.

Dengan besar hatinya, kami nak kongsi tips, ideas, kisah dan pengalaman, berkaitan penyediaan makanan seimbang supaya kita dapat sama-sama memberi dan menyerap semangat antara satu sama lain.

.

.

SARAPAN DAN MAKAN TENGAHARI JUGA DISEDIAKAN.
Menu lebih sihat, bebas MSG, Gula/Garam Putih, Pewarna/Perasa Tiruan.

.


.

CARA UNTUK MENDAFTAR?
Hubungi/klik link wasap.my di bawah dan SquadON akan bantu anda. HARGA EARLY BIRDS TAMAT 10 JANUARI INI.

https://Misifebruari2020.wasap.my

.


error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu? Untuk memudahkan komunikasi, Cik Puan/ Tuan/ Puan perkenalkan nama dan boleh taipkan terus soalan dan hantarkan kepada kami.

Kami beroperasi setiap Isnin-Jumaat, 8.00 pagi-5.00 petang. Kami akan cuba jawab dalam tempoh 24 jam. Soalan selepas waktu pejabat akan dijawab esoknya/ pada hari bekerja, Insya Allah.

Love,
Oven Nini Team.
(Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)
Powered by