ANAK DAN MAKANAN,  OVEN NINI TEAM,  REMEDI SEMULAJADI,  WE ARE PARENTS

MIZHANA PADZI & WIDYANA ALI DI ASTRO PRIMA – ‘EKZEMA DAN KANAK-KANAK’

Sebelum ini kami pernah ceritakan tentang perjalanan Puan Widyana Ali menghadapi ujian anaknya, Saeed yang mempunyai ekzema tetapi dengan izin Allah, berjaya ‘heal’ melalui diet berasaskan makanan semulajadi dan tanpa steroid. Jika ibu ayah ingin baca semula postnya, boleh klik link di bawah, ya.


Hari ini, ada satu berita baik. Coach Mizhana Padzi, Naturopath & Nutritionist yang juga salah seorang ahli dalam Oven Nini Team akan bersama-sama Puan Widyana Ali di Astro Prima untuk berkongsi tentang ‘Ekzema di Kalangan Kanak-kanak’ dan turut bersama adalah Profesor Madya Dr Adawiyah Jamil (Pakar Perubatan Dermatologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia PPUKM).

.

.

Amat rugi jika ter’miss’ perkongsian mereka kerana kami pasti, banyak input yang amat signifikan yang boleh diambil bukan sahaja oleh ibu bapa yang anak-anak mereka mempunyai ekzema, tetapi juga ibu bapa lain untuk faham yang diet berasaskan makanan semulajadi adalah salah satu kunci kesihatan kanak-kanak yang optimum untuk jangka masa panjang.

.

.

Penyembuhan ‘ke akar umbi’ melalui diet harian yang bebas ‘processed food’, jauh sekali jajan mahupun ‘fast food’. Gula pun tidak semua boleh ambil, walaupun organik. Tepung walau bebas gluten, tidak semua sesuai untuk mereka yang ikuti pelan ini. Cari punca dan rawat usus dahulu.

.

.

Foto atas, Saeed dahulu. Di bawahnya, Saeed sekarang.

Masya Allah, perasaan indah dalam ‘eczema healing’ ini hanya ibu bapa yang mengalami saja yang faham bagaimana rasanya.

Jangan terlepas, ya. Jika perlu rakam, boleh rakam, InsyaAllah.

ISNIN, 23 DISEMBER,
12.00 TENGAHARI.
ASTRO PRIMA.

.

error: