25+ MENU ANAK-ANAK EKZEMA, VERSI ‘BETTER ALTERNATIVE’.

“Inilah anak kesayangan saya. Ekzema di pipi, tangan dan kaki memaksa saya menggali lebih banyak ilmu tentang pemakanan untuk kesembuhan dia. Diet hariannya perlu pantang. Pencarian saya terhenti di website Oven Nini.

Premixnya sangat membantu untuk saya pelbagaikan menu anak saya. Semoga dengan usaha ini dapat bantu penyembuhan anak saya.”
– Puan Norazlina Musa, Pahang –

.

Ini salah seorang pelanggan kami yang anaknya mempunyai Ekzema, tahun 2016. Bermula 2015, semua premix kami adalah 100% bebas Tepung Gandum, antara bahan yang biasa menjadi ‘pantang’ untuk anak-anak Ekzema. Bahan-bahan premix kami ketika itu berasaskan Tepung Beras, Tepung Ubi Kayu dan juga rempah ratus bebas MSG, pengawet serta aditif makanan.

.

.

Ogos 2019, kami keluarkan premix KHAS Ekzema, versi Mesra PEP (Perfect Eczema Plan), satu pelan pemakanan yang dihasilkan oleh Puan Mizhana Padzi (Naturopath & Nutritionist) dan berasaskan semulajadi serta bebas Steroid.

Penyembuhan ‘ke akar umbi’ melalui diet harian yang bebas ‘processed food’, jauh sekali jajan mahupun ‘fast food’. Gula pun tidak semua boleh ambil, walaupun organik. Tepung walau bebas gluten, tidak semua sesuai untuk mereka yang ikuti pelan ini. Cari punca dan rawat usus.

.

Alhamdulillah, pelan ini menyaksikan ramai anak-anak yang kini telah semakin sembuh dan berbeza keadaan mereka berbanding dahulu. Salah seorangnya adalah Baby Saeed, anak bongsu Puan Widyana Ali. Kesungguhan ibunya berpantang ‘processed food’, gula, gluten dan tenusu akhirnya membuahkan hasil, setelah 5 bulan berusaha perbaiki diet.

.



Prinsip dan pelan PEP menepati apa yang Oven Nini mahukan (diet dan pengambilan makanan yang benar-benar semulajadi) dan ini telah memberi inspirasi kepada kami untuk hasilkan premix Mesra-PEP bagi membantu lebih ramai ibu bapa sediakan makanan untuk anak-anak mereka dengan lebih mudah.

.

Perlu diambil perhatian, penggunaan premix kami BUKANLAH SEBAGAI PENYEMBUH BAGI PENGHIDAP EKZEMA, tetapi sebagai salah satu alternatif penyediaan ‘homemade food’ berasaskan bahan yang tidak memudaratkan. Maksud ‘tidak memudaratkan’ bagi individu biasa TIDAK SAMA dengan ‘tidak memudaratkan’ bagi mereka yang mempunyai ekzema.

.

Oleh sebab itu, apa yang kami boleh katakan:

1. Jika bahan yang digunakan untuk hasilkan premix-premix lain di Oven Nini memang sudah sedia ‘better alternative’, untuk premix Ekzema ini pula LEBIH LAGI ISTIMEWA.
.
2. 3 premix untuk Ekzema ini mengambil inspirasi dari premix ON KIDS No-Soy Kee Chap serta ON KIDS Kok Kok Rice/Soup dan ON FAMILY Korma Tandoori.
.
3. Bezanya? Jika gula yang digunakan untuk premix ONKIDS dan ONFAMILY adalah Organic Raw Cane Sugar dan Whole Cane Sugar, gula yang digunakan untuk ON ECZEMA adalah Organic Molasses.
Tepung Ubi Kayu yang digunakan untuk premix biasa digantikan dengan Tepung Ferubi (Fermented Tapioca Flour), khas untuk premix ON ECZEMA.

.

**Foto-foto di bawah adalah premix versi biasa dan bukan khas untuk ekzema. Gambar-gambar baru premix masih dalam proses ‘shooting’, tapi untuk ON ECZEMA premix, packagingnya seperti foto kedua di post, ya. Bahan juga bahan khas versi Mesra-PEP seperti dinyatakan tadi. Boleh digunakan untuk hasilkan semua menu di bawah.

.

ON ECZEMA 01: HAPPY KEE CHAP

Premix ‘Kicap’ ini menggembirakan ibu-ibu yang tercari-cari alternatif kicap versi bebas MSG, Soya dan lebih sihat. Istimewanya, rempah ini jika anda tak sempat sediakan versi sebotol ‘kicap’ terus, gunakan terus rempah premixnya untuk sediakan menu seperti Paprik, Ayam Masak Kicap, Nasi Goreng Kicap dan sebagainya. Mudah sangat!

Paling best sebab yang dah lama tak buat Nasi Ayam + Sos Kicap sebab anak ada alahan MSG dalam kicap komersial di pasaran, dapat nikmati semula Nasi Ayam mereka.
.



ON ECZEMA 02: NASI/SUP CIK YAM
Boleh hasilkan menu:
Broth Soup, Sup Ayam, Sup Sayur, Nasi Ayam, Nasi Goreng Ayam, Nasi Goreng 5 Minit.
.

.

ON FAMILY 03: KORMA TANDOORI (‘formerly known as Nasi Minyak Ayam Kurma/ Nasi All in 1).
Penggemar-penggemar nasi berperisa biasanya suka yang ini. Khas untuk sediakan Nasi Minyak Ayam Kurma atau jika ibu-ibu nak cepat, sediakan Nasi All-in-1. Masuk semua dalam satu periuk dan tekan butang ‘on’ saja pada Periuk Nasi. InsyaAllah siap dalam tempoh 1/2 jam.

.

Nasi All in 1 ala Briyani (premix Briyani kini digantikan dengan premix Korma)


Pilih premix Ekzema anda, klik saja item di bawah dan Add to Cart.

Jangan lupa tau klik kotak ‘gift/hadiah’ di bahagian tepi bawah skrin ni dan join ‘Loyalty Rewards Program’, boleh kumpul point, dapat hadiah Harijadi dan diskaun pada bulan Harijadi.

.

error: