SEKARANG MAMA SAYA DAH TAK STRESS MEMASAK! LEBIH 40 IDEA MASAKAN SIAP 1/2 JAM DI DAPUR.

Kekalkan mood memasak tanpa rasa penat, terbeban dan melibatkan emosi memang bukan tugas mudah untuk semua ibu (dan sesetengah bapa juga). Kadang-kadang, kita tidak perasan proses memasak yang terlalu mengambil masa lama setiap hari, membuatkan situasi di dapur sentiasa kurang gembira.

.

Sebenarnya ada cara supaya Mama dapat memasak dalam keadaan tidak tertekan, kerana tempoh memasak lebih singkat. Masa yang lebih tu bolehlah rehat sekejap lepaskan penat, peluk dan senyum pada anak. Cara memasak juga mudah kerana resipi-resipi sudah disediakan. Tak perlulah susah-susah fikir lagi. Bahan-bahan pula dah hampir 70% siap disukat rempah ratus, garam, gula, cili semua. Tinggal kita sediakan bahan mentah saja.

.

.

Sejak 2014, Oven Nini berikan mama-mama dan ayah-ayah semua, ‘kitchen experience’ yang mencipta memori untuk keluarga. Di’cipta’ oleh Founder kami yang satu ketika dulu juga kerap tertekan di dapur. Kini, dikongsi tips dan caranya untuk membantu ibu bapa lain.

.

Badan penat tapi dapat mood masak SUPER HEBAT. Sebabnya mudah saja: Ada ‘assistant’ dapur yang buat semua kerja memasak jadi cepat. Pelanggan-pelanggan kami bukan saja ibu-ibu bekerja, malah ibu-ibu surirumah yang ingin jimatkan masa yang digunakan di dapur.

.

Puan Aisya Humaira Harun, Selangor, seorang surirumah yang menjadi pelanggan Oven Nini sejak 2015 lagi. Ibu dua anak ibu kadangkala ‘exhausted’ uruskan anak yang ligat dan aktif. Masak cepat memang pilihan beliau. Beliau amalkan ‘time-saving tips’ yang memang jimatkan masa di dapur, sentiasa pastikan ada ‘meal-planning’, ada ‘stock-checklist’, masak lauk yang ‘versatile’ dan pastinya, premix Oven Nini bantu urusan harian beliau untuk sediakan menu sihat keluarga.

“Setiap bulan memang pastikan stok premix ada. Kalau habis, cepat-cepat ‘top-up’. Memang sangat membantu saya di dapur.”

.

Puan Aida Manap pula ibu berkerjaya yang bukan sahaja bekerja di luar, tetapi juga menjalankan perniagaan ‘online’ di luar waktu pejabat. ‘Super’ penat tu, tapi tetap gigih sediakan sarapan anak dan balik kerja, mesti masak. Hingga kini, premix Oven Nini masih jadi pembantu beliau di dapur untuk sediakan menu dalam masa singkat. Masa jimat, selebihnya tu boleh rehat dengan anak-anak, kan?

.

Puan Fifa yang suaminya agak cerewet dan mahu ‘homemade food’ selalu yang sebelum ini jarang dipuji masakannya, sekarang makin bersemangat memasak kerana rempah siap adun yang digunakan menepati citarasa sekeluarga. MasyaAllah.

.

Banyak kisah yang ada sebenarnya, dari pelanggan-pelanggan kami seperti Puan Maria, Puan Nornie, Puan Amirah, Puan Azlinda, Puan Munirah dan ramai lagi. Inspirasi-inspirasi daripada mereka ini juga bantu kami ‘come out’ dengan tema baru pada Ogos lepas iaitu ON FAMILY.

.

.

Apa yang seronok sangat agaknya memasak guna premix ON FAMILY ini?

  • 1 pek untuk 2 hingga 3 kali penggunaan. Setiap penggunaan, untuk 4-5 orang
  • Tak perlu tumis cili lama walaupun untuk menu yang menggunakan cili. Masa menumis cili jimat hampir 90%! Siapa tak suka, kan? Kami gunakan kombinasi serbuk cili bebas pengawet serta cili kering yang dikisar separa kasar untuk memudahkan proses menumis.
  • Step-by-step yang mudah ‘gila’.
  • 1 pek untuk BANYAK MENU/RESIPI. Haa, ini ramai suka sangat. Sebab takkanlah nak masak lauk sama je kan? Versatility is our ‘middle-name’ gitu!

Jom kita jamu mata sekejap, sambil cari idea nak masak guna premix-premix ON FAMILY.

.

ON FAMILY 01: MASAK RED/ MASAK MERAH (dahulunya dikenali sebagai Tumis-tumis/ Masak Merah).
Salah satu ‘hot-selling’ items di Oven Nini.
Yang malas nak masak menu Sambal pun jadi rajin nak masak menu Sambal sebab? Cepat sangat siap tumisnya, cili tak perlu tumis lama-lama.


.

ON FAMILY 02: RAMEN SEASONING
Juga ‘hot’ di Oven Nini. Ramai suka jika dijadikan ‘seasoning’ untuk Ayam Bakar, Daging Goreng, Ayam Goreng Kunyit dan Fried Ramen Noodles. Oh, ada yang jadikan Nasi Goreng Ramen dan Bihun Goreng Ramen juga, tau! Kari Ayam Ramen jangan lupa, InsyaAllah sedap.


ON FAMILY 03: GLUTEN-FREE PLAIN FLOUR

GF Plain Flour Oven Nini ini sebenarnya dihentikan pengeluaran sementara pada 2018 untuk dapatkan bahan yang lebih baik dari pengeluaran sebelumnya. Sejak tu, banyak kali rasa kesian, bersalah setiap kali pelanggan tanya tentang GF Plain Flour ni.

.

Satu.
Sebab tahu ramai juga ibu-ibu yang dah tak guna Tepung Gandum nak sediakan menu anak. Anakpun dah makin suka GF-based menu.

.

Dua.
Mereka memang tak sempat nak buat GF Flour blend sendiri. Dah tahu resipi pun tak sempat nak buat sebab busy. Baik beli je katanya.

.

Tiga.
Ramai rasa lagi mudah guna premix sebab semua dah siap adun. Resipi guna GF Plain Flour pun banyak Oven Nini kongsikan sejak dulu. Senang sangatlah.

.

Empat.
Memang malas nak blend sendiri. Ada orang suka main tepung-tepung ni ada orang, terseksa jiwa raga.

.

Lima.
Mudah. Sebab seller jual dan share resipi based on apa yang dah dibuat eksperimen berkali-kali. Pagi-pagi nak buat Cucur, Waffle, Churros, Pancake, Muffin anakpun senang.

.

Dulu, 2016, GF Flour kami ada Cornstarch. Walaupun Non-GMO, tapi cuba kurangkan juga penggunaan.

Kemudian, 2017, dapat hasilkan yang bebas Kanji Jagung ni, hanya Tepung Beras dan Tepung Ubi Kayu.

2020, Tepung Ubi Kayu biasa kami gantikan dengan Fermented Tapioca Flour yang bukan saja Bebas Pesticide, tetapi juga Naturally Processed. Lebih bernutrisi.

Tepung Beras pula versi bebas campuran dan tiada Benzoyl Peroxide.

Alhamdulillah.

.

Ini antara yang boleh disediakan menggunakan GF Plain Flour Oven Nini, ya.

.


Dah ready ke nak shopping tu, shopping terus di sini pun boleh, Mama! Klik Add to Cart terus atau Select Option (untuk pilih premix versi biasa ataupun khas untuk Ekzema).

error: