DAPUR SIHAT MAMA,  HEALTHY HEALING FOOD

PISANG 02 : APA KHASIAT/ NUTRISI DALAM PISANG? KENAPA MAKAN PISANG JADI GEMBIRA?

KELAS PISANG 02
Ainini Zainal 27 December 2017 · 

Apa khasiat dalam pisang?
Di foto adalah khasiat dalam setiap 100g pisang.
MasyaAllah, banyak khasiatnya.

.

Biasa kami suka pisang untuk breakfast juga.
Sebiji tu lengkap ada karbohidrat, protein, zat besi, magnesium, serat, juga vitamin C.
Yang lagi suka, 0% KOLESTEROL.
Memang semua makanan daripada sumber tumbuhan ni, 100% BEBAS KOLESTEROL (termasuklah santan yang selalu dikutuk tu hehe.)

.

Kandungan potassium dalam pisang juga banyak. Ia membantu mengelakkan strok, mengawal tekanan darah, menguatkan otot, metabolisma, mengawal keseimbangan air serta fungsi elektolit dalam badan.

.

.

Tahukah anda pisang mampu membuat KITA GEMBIRA?

Depresi mampu dikurangkan dengan pengambilan pisang. Ia kerana kandungan tryptophan, sejenis asid amino di dalam pisang yang ditukarkan kepada serotonin, iaitu ‘happy-mood brain neurotransmitter’.

Ya, HORMON GEMBIRA melalui pisang. Subhanallah, dahla sedap, lepas tu Allah bagi kita gembira lagi melalui makanan semulajadi.

.

Jadi lepas ni, beli pisang selalu, ya?
Terutamanya jika anda memang ok dengan pisang.

Baik makan pisang daripada makan roti, biskut, kek, jajan, bijirin sarapan dan apa saja processed food yang TV katakan bagus bagus bagus sedangkan jika kita pelajari kembali kandungan bahan yang digunakan, kesannya sangat membimbangkan.

.

Link Siri Kelas Pisang yang lepas:

KELAS PISANG 01 –
MENGAPA PERLU PILIH PISANG MASAK DAN BERBINTIK?
https://web.facebook.com/photo.php?fbid=1535969513162961&set=a.1458443137582266.1073742037.100002497810368&type=3&theater

.

Teruskan follow Ainini Zainal > See first untuk lebih idea masakan dan resipi bernutrisi.

Dibenarkan share menggunakan butang share. Tiada keizinan diberikan untuk copy paste penulisan ini daripada saya, penulis asal.

.

error: