DAPUR SIHAT MAMA,  HEALTHY HEALING FOOD

PISANG 03: KEK DAN BROWNIES BEBAS TELUR TAPI LEMBUT DENGAN PISANG

Ainini Zainal on Facebook 28 December 2017 · 
KELAS PISANG 03
PISANG SEBAGAI PENGGANTI TELUR..

Topik mengapa sesetengah orang alah pada pisang nanti kita bincangkan di post lain ya.

Ini tentang fungsi pisang sebagai pengganti kepada telur jika anda alah terhadap sumber protein paling popular ini.

Anak alah telur? Jangan risau.

.

Bila ramai alah telur, banyak resipi ‘eggless’ dihasilkan.

Salah satu bahan yang digunakan bagi sesetengah resipi eggless adalah pisang.

.

Pisang berfungsi melembabkan tekstur kek, kuih, brownies, muffin dan sebagainya.

Jika biasanya kita gunakan telur untuk fungsi-fungsi yang disebutkan tadi, pisang boleh dijadikan pengganti.

.

Biasanya kita juga guna telur untuk lembutkan kek, kan?

Pisang juga boleh melembutkan kek.

.

Bagi yang biasa sediakan kek bebas gluten, pisang antara bahan yang boleh melembutkan dan ‘mengikat’ hasil akhir adunan daripada terlalu ‘relai’ atau pecah-pecah.

Kek juga lembut hasilnya.
Nanti boleh cuba, ya.

.

Di foto adalah Banana Brownies bebas gluten dan casein. Buat pagi tadi.

Memang moist dan lembut.
Tambah hirisan pisang atas Brownies tu sebelum bakar.

Super sedap, masyaAllah. Allah izinkan sedap.

.

.

Teruskan follow Ainini Zainal > See first untuk lebih idea masakan dan resipi bernutrisi.

Dibenarkan share menggunakan butang share. Tiada keizinan diberikan untuk copy paste penulisan ini daripada saya, penulis asal.

.

error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu? Ini link senarai premix Oven Nini untuk rujukan Tuan/Puan/Cik Puan, ya. http://ovennini.com/shopping

Bagi memudahkan komunikasi, Cik Puan/ Tuan/ Puan boleh perkenalkan nama dan taipkan terus soalan dan hantarkan kepada kami.

Kami beroperasi setiap Isnin-Jumaat, 8.00 pagi-5.00 petang. Kami akan cuba jawab dalam tempoh 24 jam. Soalan selepas waktu pejabat akan dijawab esoknya/ pada hari bekerja, Insya Allah.

Love,
Oven Nini Team.
(Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)