Perkongsian oleh Founder Oven Nini, Puan Ainini Zainal 15 September 2017 · 

====

Kelas Kak Nini – Lobak Merah.
Lama tak masuk kelas, ya.
Beratur sekarang! Haha. 
Ok hari ini kita bincang sedikit tentang carrot.

.

Ramai kurang ‘alert’ bab sayuran yang diimport dari China.
Isunya, majoriti tanah di sana adalah bertoksik.

.

Satu lagi, isu penggunaan ‘pesticide’ tau racun seranggga yang tiada sekatan, terlalu berleluasa. Kesannya terhadap kesihatan amat besar. Ia bukan perkara main-main.

.

Kami mula membeli lobak merah Australia sejak 2015.
‘Fresh, quality assured.’
Tempat paling mudah, pasaraya.

.

Ketika di Terengganu dulu, saya beli di Pasaraya Giant. Ada Australia punya.

Di Ipoh, boleh dapatkan di AEON.
Di bahagian organik juga ada, mahal sedikitlah.
Yang ini RM3.00±, sebab bukan bukan organik, cuma pilihan lebih baik berbanding lobak merah China.





.

Tapi, perlu BACA LABEL.
Ada pasaraya tett*** yang tidak bertanggungjawab tuliskan label besar di peti sejuk, Australian Carrot.
Tapi Kakak Garang ini musykil.
Belek label pada pek, tertulis FROM CHINA.

.

Jadi, kita sebagai pengguna harus bijak membeli.
BACA LABEL PADA PEK.
Jangan mudah tertipu.

.

Ok bab harga.
Ya.
Saya faham.
Saya juga bukan mewah perbelanjaan makanan di dapur.
Jika 10 perut perlu diisi, berapa kos untuk dapatkan yang lebih mahal harganya ini?

.

Cara lain, beli yang biasa sekalipun, balik ke rumah:

• rendamkan sayuran dan buah dengan air rendaman cuka.

• kupas kulit luar lobak merah dan buah-buah

• tanam sendiri di rumah.

**walaupun isu dan risiko tanah bertoksik tidak dapat dikurangkan untuk tips di atas, tetapi cubalah untuk membuang sisa semburan racun serangga yang ada.

.

Doakan selalu apa yang kita makan, tiada kemudaratan.

Follow Ainini Zainal untuk lebih tips serta resipi makanan sihat. 
Anda sudah set SEE FIRST? 
Alhamdulillah. 

.

error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu Cik/Tuan/Puan? Hantarkan soalan anda, kami akan cuba jawab secepat mungkin pada hari yang sama.

Love,
Oven Nini (Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)
Powered by