5 RESIPI ALA ‘WESTERN’ MENGGUNAKAN REMPAH PREMIX OVEN NINI

Menu ala Inggeris/ Western:
Cheesy Fried Chicken, Mac & Cheese, Onion Chicken Stew, Creamy Aglio Olio, BBQ Pepper Sauce.
.
Rempah Premix Oven Nini yang diperlukan:
Cik Popia Carbonara/Fried Chicken, Mek & Cheese, Kok Kok Rice/Chicken Soup, Masak Red, Kee Chap.

.

.
CHEESY FRIED CHICKEN (4-5 orang).

  • Tumis 1 biji bawang besar cincang (perlu cincang halus sehalus-halusnya). Tumis biar layu.
  • Bancuh 1 cawan air bersama 3 sudu besar rempah premix Mek & Cheese. Rempah ni dah ada garam dan rempah ratus dalamnya, tak perlu tambah garam lagi.
  • Masukkan adunan tadi ke dalam tumisan Bawang Besar bersama 2 cawan susu segar.
  • Kacau adunan biar menggelegak, kecilkan api. Masukkan 125g Cheddar Cheese dan 125g Mozarella Cheese. Biarkan cheese cair dan adunan sos ikut kepekatan yang kita mahukan.
  • Sediakan ayam untuk digoreng. Celupkan ke dalam telur dan golekkan ke dalam premix Cik Popia Carbonara/Fried Chicken. Goreng dengan api sederhana hingga masak. Hidangkan bersama Sos Cheese tadi.

**Tips beli cheese: cari yang labelnya ditulis vegetarian rennet atau microbial rennet dan tiada pengawet, emulisifier yang tak perlu. Sos juga boleh disimpan di dalam peti sejuk bahagian freezer. Keluarkan saja bila ingin digunakan.

.


.

MAC & CHEESE (2-3 orang).

  • Tumis 1 biji bawang besar. Masukkan cawan susu lembu/santan dan 1 cawan Air Rebusan Ayam. Kacau.
  • Adun 2 sudu besar premix Mek & Cheese dengan sedikit air.
  • Masukkan ke dalam sos. Tambahkan ½ cawan keju blok/2 sudu besar Nutritional Yeast Flakes (jika ingin gantikan keju), biar seketika.
  • Setelah sos pekat, masukkan Pasta Organik atau Bebas Gandum. Sebatikan, taburkan Daun Bawang, masukkan Brokoli yang telah direbus ataupun taburkan dengan Capsicum Cincang.

.


Onion Chicken Stew sebelum dimasukkan ke dalam periuk.

ONION CHICKEN STEW (4-5 orang)

  • Masukkan ayam ke dalam periuk. Kisarkan 3 biji Bawang Besar (memang dilebihkan bawang), campurkan 2-3 sudu besar rempah premix Kok Kok Rice/Soup, Lobak Merah dadu (dapatkan Lobak Merah organik atau dari Australia), batang ‘Celery’ dan juga Keledek Putih yang dipotong dadu (bagi menggantikan Kentang) bersama ayam tadi.
    ** Jika ingin menggunakan kentang, cuba elakkan Kentang dari China (isu tanah bertoksik) atau U.S (isu Genetically Modified Organism – GMO). Dapatkan selain daripada kedua-dua negara ini. Paling mudah, gantikan saja kentang dengan Keledek Putih/krim ini. Khasiatnya juga lebih berbanding kentang.)
  • Tambahkan 4 cawan air, 1 sudu besar Minyak Zaitun untuk masakan dan masak dengan api kecil selama 1-2 jam, sehingga kuah menjadi pekat.

    ***Hidangkan bersama roti, nasi atau dimakan begitu sahaja kerana semua khasiat Karbohidrat, Protein, Lemak, Vitamin/Mineral dan Serat sudah ada di dalamnya.

.

CHICKEN CREAMY AGLIO OLIO (2-3 orang)

  • Tumis 1 biji Bawang Besar atau 2-3 ulas Bawang Putih yang telah dicincang halus.
  • Masukkan ayam dan 1 sudu besar premix Masak Red. Kacau dan biar seketika.
  • Tambah dalam 1/2 cawan Susu Segar dan biarkan ayam masak.
  • Masukkan spaghetti yang telah direbus (untuk versi gandum, cuba dapatkan versi bebas GMO dan organik. Juga boleh dapatkan versi bebas gandum.) Kacau sebati.
  • Taburkan 1/2 cawan Keju Cheddar yang telah disagat, biar seketika dan hidangkan bersama Tomato Cincang dan hirisan Daun Bawang.

    **Premix Masak Red memang sudah ada Garam Himalaya dan Gula Organik, jadi tak perlu masukkan garam lagi dan kita cuba akan gunakan keju, yang memang sudah sedia masin.

.

BBQ PEPPER SAUCE (4-5 orang)

  • Panaskan minyak, masukkan 2 biji Bawang Besar bersama 1 biji tomato dan 1 biji capsicum yang telah dicincang, kacau dan biarkan selama 10-15 minit dengan api kecil.
  • Tambahkan 3 sudu besar premix Kee Chap, 1 sudu besar premix Masak Red dan ½ sudu besar Garam Himalaya (perlu tambah garam kerana ia premix Kicap Manis). Masukkan 1 sudu teh serbuk Lada Hitam, 3 sudu besar Sos Cili homemade dan 1/2 cawan air (atau Broth Soup/Air Rebusan Ayam). Biar seketika.
  • Masukkan 2 sudu besar Cuka Epal atau perahan Lemon, kacau dan tutup api. Biarkan semua bahan tadi sejuk pada suhu bilik.
  • Setelah ia sejuk, kisarkan semua bahan hingga halus teksturnya. Jika
  • Simpan sos dia dalam bekas dan peti sejuk. Tahan hingga 1-2 bulan (pada bahagian dalam peti – bukan pintunya).

    ***Jadikan sos perapan ayam, daging, seafood dan juga sebagai sos pencicah.

.

Premix-premix untuk menyediakan menu-menu di atas juga boleh didapati di sini. Add to cart saja mana yang berkenan, ya.

.

error:
1
Salam/Hi.
Boleh kami bantu? Untuk memudahkan komunikasi, Cik Puan/ Tuan/ Puan perkenalkan nama dan boleh taipkan terus soalan dan hantarkan kepada kami.

Kami beroperasi setiap Isnin-Jumaat, 8.00 pagi-5.00 petang. Kami akan cuba jawab dalam tempoh 24 jam. Soalan selepas waktu pejabat akan dijawab esoknya/ pada hari bekerja, Insya Allah.

Love,
Oven Nini Team.
(Isnin-Jumaat. 8.00 pagi-5.00 petang)
Powered by